Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa hati. Show all posts

kuat untuk mereka


rasa macam xdapat tunaikan amanah tu dengan sebaiknya

rasa macam tak mampu untuk buat yang terbaik untuk mereka

dah cuba, tapi masih belum puas untuk dapat yang terbaik. 

x puas. :(


buntu.

apa lagi yang saya kena buat? :(


betullah tu.

sunnah orang berjuang

pasti ada mehnahnya.

kena kuat. bukan untuk diri tapi mereka.


saya nak mereka dapat. rasa. hayati.

walau saya tahu bukan saya yang pegang hati-hati mereka

tapi saya tetap x akan henti-henti doa

supaya mereka dapat yang terbaik.

sebab SAYA SANGAT SAYANGKAN MEREKA.



cahaya kerinduan
10.04 p.m.

diselia penyelia


'diselia 2 penyelia'
 
wee..bukan mudah sebenarnya.

lain orang lain caranya.


apapun nurul hana,

sabar & berusaha,

pasti ada hikmah di sebalik semua ni.

Terasing

Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai


teringat bait-bait lagu Hilang dalam ramai nyanyian kumpulan Exist
wah,,jiwang le pulak..hehe


TERASING..
rasa janggal dalam riuhnya suara sahabat2..
allah..
sedih hati ini, hanya Engkau yang mengerti
mereka sibuk sana dan sini,
aku,
hanya sekadar menjadi pemerhati..

dan...
lebih baik
berdiam diri dari berkata-kata.

diam itu lebih baik kan? :)


recharge.


R e c h a r g e

hmm..
mungkin ini yg perlu sy buat sekarang.
ya recharge.

bukan ini, :(


tapi ini, :)


Ya ALLAH ya tuhanku
mudahkanlah urusan hambamu yang serba hina dan kerdil ini ya ALLAH
permudahkanlah jangan disulitkan kerana ENGKAU lah yang maha memudahkan
segala yang susah adalah mudah bagiMU..

berikan aku kesempatan dan ruang lagi..

sy sudah tawar hati !


tatkala melihat org lain bersuka ria
bersenang lenang
sy?
jujurnya
sy sedang tawar hati
makan hati dgn apa yg dh jadi.

tak tahu pada siapa nak sy luahkan
yg penting itu yg sedang sy rasa sekarang.
kadang2 sy fikir, IT'S UNFAIR! huh!
dh smpi stu tahap mcm nak give up. oh!

ya allah. bantu hambamu ya allah :(

sy sedang didik hati
yg berlaku semuanya pasti ad hikmah
utk kebaikan sy juga~
byk lagi yg perlu sy belajar. :(

isnin/ 11 april 2011

Roh Guru itu...


teringat pada kata2 seorang guru,



kami hafal kata2 ni
tapi benarlah,
hanya sekadar menghafal
untuk menghayati memg sukar

sudah 2 minggu sy berpraktikum
mggu dpn masuk mggu ke-3
ad lebih krg 2 mggu lagi untuk bersama keluarga besar itu

tapi smpi sekarang
aneh sekali sy rasa
di mana ROH GURU itu?
sy masih tercari2.

benarlah kata seorang shbt,
buat masa sekarang
hanya mampu memberi dan menyampaikan
untuk menjiwai dan menemui CINTA SEJATI seorang guru itu,
masih belum ditemui
banyak lagi yg sy perlu belajar
banyak lagi yg sy perlu kutip dr mereka yg berpengalaman

lagi.
sy masihterfikir
orang kata: keja cikgu ni senang
masuk kelas, ngajar
hujung bulan ambik gaji.

haishhh
itu kata2 org yg bukan dlm bidang ini rasanya
banyak benda yg perlu difikirkan
kesemua tenaga dan keringat perlu dikerahkan
fizikal, mental, luaran, dalaman, emosi
semuanya berpadu menjadi satu.
perlu dikawal, 
salah langkah rosaklah generasi

aduhh..
bukan mengeluh
cuma terfikir,
dimana ROH GURU ku?

ya ALLAH..


kata hati: 
biar hebat BBM, biar hebat kawalan kelas sekalipun
tapi kalau xada roh seorang guru itu, tiada guna.
benarlah. roh guru itu penting dari segala-galanya..


2 April 2011/ Sabtu

Saya SAYANG Dia




Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah dikau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi 


 -------------------------------------------------------------------------------------


Saya dedikasikan lagu ini buat si dia.
walaupun jelasnya sy tahu dia xkan baca, 
sekurangnya mampu melepaskan rindu sy padanya.
sy sayang dia. kerana allah.

sahabat,
walaupun kita dekat,
hakikatnya makin hari hati kita makin jauh.
aku redha, mungkin ini ketentuan-Nya.

namun,
hanya satu yg ku pinta,
moga dikau bahagia, fi dunia wal akhirat, insyaAllah. :)
dan ak xpenah berhenti berdoa & mengharap utk kita.

24 januari 2011.


tempatkan dia di SYURGA

Saya mulakan penulisan kali ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. bersyukur kepada-Nya kerana sy telah diberikan kekuatan dan semangat untuk menulis dan berkongsi rasa pada kalian yang sudi membaca laman sesawang yg serba kekurangan ini.

terdetik di hati utk berkongsi.
suka benar rasanya kalau kalian sudi membaca.

sy baru selesai menonton sebuah drama
yg ditayangkan di saluran 103
sempena maal hijrah kali ini
sebuah cerita yg sarat dengan pengajaran dan tauladan buat penonton
bagi sy, rugi kalau xtonton
sbb byk iktibar yg boleh kita ambil

tajuknya: Tempatkan dia di Syurga

agak beremosi sy kali ni ketika menonton. tp xdela nangis smpi tahap kritikal. sekadar bergenang airmata.heheh almaklumla, xde org di rumah. hanya kami berdua. masing2 tgk tv lain2. mak tgk tv di dapor, sy di ruang tamu. padahal channel nya sma. rugi elektrik kan?haha sy suka privasi. kalau tgk cerita sebegitu, kena sorg2. baru ada feel. kalau ad org disebelah, malu nak nangis, even dengan mak sekalipun.

ok.back to the story.
sy cuba ceritakan sedikit sinopsisnya.

Seorang ibu yang bernama ASMAH terpaksa membanting tulang bekerja keras untuk menyara kehidupannya. mempunyai 4 orang anak, yg sulung kurang sempurna-ada penyakit sawan rasanya-menyebabkan dia tidak seperti adik beradiknya yg lain-ibunya memanggilnya dengan panggilan 'ABANG', anak yg seterusnya BADRUL-pemalas-dh 18 kali telah diberhentikan keja, haha kemudian RAMLI-suka berhutang keliling pinggang, dan seorang anak perempuan-SAKINAH-dh kawen.

Walaupun anak ramai, tapi si ibu tetap kena kerja keras utk menyara keluarga lantaran dua anak lakinya yg pemalas+xboleh nak harap langsung. si abang pula seorang yg baik. walaupun dia kurang sempurna tapi dia tetap rajin membantu ibunya. Sakinah pula langsung tidak dapat membantu ibunya, dari mengirimkan barang keperluan dapur, memberikan wang belanja hatta melawat ibunya sekalipun tidak dibenarkan oleh suaminya. seorang suami yg sy rasakan sgt ego dan mementingkan diri.  

nak dipendekkan cerita yg panjangnya 2 jam tu,
badrul telah ditangkap kerana cuba memecah masuk rumah org kg
ramli pula masih xdapat nak melangsaikan hutangnya yg bertimbun
klimaks pd cerita ni apabila ramli cuba mengambil geran tanah ibunya utk digadaikan. berlaku pergelutan dan pergaduhan sehingga ramli menolak abangnya hingga terjatuh. dan ALLAH itu MAHA KUASA dan ADIL.
ramli mendapat balasan pabila dia ditimpa kemalangan ketika ingin keluar dari halaman rumah ibunya. 

hati ibu mana yang xsedih. hati ibu mana yg xsayu tatkala satu demi satu ujian yg menimpa keluarga. seorg demi seorg anaknya ditimpa musibah.
akhirnya, 'abang' (aizat namanya kalau xsilap.hee) dijemput terlebih dahulu menghadap Ilahi.
luluh hati seorang ibu bila anak yg sering membantunya-anak yg sering mendoakan kebahagiaan ibunya telah dijemput terlebih dahulu daripadanya. 

lebih-kurang dan kurang-lebih begitu la ceritanya.  :)


apa yg sy cuba sampaikan kat sini,
cerita ni hanyalah pengajaran buat kita
sebagai pedoman moga langkah kita tidak tersasar sprti anak2 dlm cta td

hargailah mak dan ayah kita selagi mereka hidup di dunia ini
jangan pernah jemu utk mendoakan kebahagiaan mereka
jangan pernah lelah utk berbakti kepada mereka.
lahirnya kita ke dunia adalah kerana mereka
tanpa mereka, siapa kita?

jangan lalai dan lupa utk melaksanakan kewajipan kta thdp mereka
sesibuk mana sekalipun kita
jangan abaikan mereka
bukan harta dan wang ringgit yg diperlukan
tapi sekelumit kasih syg dan perhatian 
sudah cukup untuk menggembirakan hati seorang ibu dan ayah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


Ya Allah ya tuhanku
kedua ibu bapaku adalah bungaku
tanpa mereka tiadalah seri duniaku

ya Allah
kedua ibu bapaku adalah maduku
penawar dalam segala hal

ya Allah
kedua ibu bapaku adalah guruku
mengajarku erti kehidupan
mendidikku dengan penuh kasih dan mesra

kusayangi mereka ya Allah
jangan kau biarkan mereka sendirian
dalam dunia, di alam barzakh, bahkan di akhirat
KAU dampingilah mereka selalu
KAU jagalah mereka mga sentiasa dlm hidayah-Mu
TEMPATKAN MEREKA DI SYURGAMU KELAK
ku amat menyayangi mereka kerana-Mu...


salam rindu buat arwah abah, Allahyarham Hj Daud b. Hj Ahmad
salam sayang buat emak, Hjh Teh Hawa bt Hj Mat Isa

dari anakmu, 
Nurul Hana.

We are the Torchbearers for the Ummah~

Alhamdulillah..
hari ni adalah hari terakhir exam bagi sem ni,
dan semuanya telah selesai petang tadi..

jikalau semalam sibuk mengulangkaji+study sampai tertido-tido,
hari ni dan esoknya,, berpenat lelah la saya dan kawan2 utk kemas barang
rutin biasa sebagai penghuni asrama,
kena kemas bilik tiap kali cuti sebab ad KDC nak masuk..huhu

ok! berbalik kepada tajuk di atas....
kemas2+susun2 folder dlm laptop td
terjumpa satu lagu.
saya pun klik dan dengar...
adehhh...dh lma xdgr lagu ni.
lirik pun dah lupa.

lagu yang pernah saya nyanyikan satu ketika dulu...cewahhh..haha

bunyinya begini..

LET US COME ALONG AND GET TOGETHER,
AFFIRM OUR FAITH IN GOD AND THE MESSENGER,
LIGHT THE FLAME OF LOVE IN HIM WARM AND BRIGHTER,
HOLD THE ROPE AND TRUST IN HIM FOREVER,

DIVIDED WE'LL FALL, UNITED WE STAND,
UNITY BEARS THE FRUIT OF UNIFICATION,
TRIPLE I.C.E IS EVER OUR MISSION,
EXCELLENCE IN ALL WE DO IS OUR VISION,

(CHORUS)
WE ARE THE TORCHBEARERS FOR THE UMMAH, (FOR THE UMMAH..)
GUIDED BY QURAN AND SUNNAH, (QURAN AND SUNNAH..)
FOUNDATION CENTRE OF IIUM,
THE GATE OF GARDEN KNOWLEDGE AND VIRTUE..


ok.ni adalah lagu waktu sy kat uia dulu.
kami nyanyi time taaruf week.
melekat kot sbb hari2 nyanyi.hehe
part paling best dan sy suka adlh kat chorus. =)

tiba2 teringat lagu ni dan kenangan2 waktu sy kat sna
walau hanya seminggu, tak sempat pun nak masuk kelas
tapi still ad kenangan yg tak leh lupa.
bersyukur,
sbb saya dipertemukan dengan roomate2 yg best dan baik hati
NAZ, HAMDALAH & ZAHRAH
smpi sekarang sy still contact dorg
terutamanya LUTFATUL ZAHRAH..
thanks sbb bg kenangan manis kat sy.


mood: rindu kat korg bertiga. bila kita bleh jmpa lagi ye?huhu


ALAMAK!!!

Satu perbualan antara saya dan dia, di malam hari....

DIA: assalamualaikum,,uat apa tu?
SAYA: waalaikumussalam,, mengadap internet. malas study. esok exam..

kami berdua, bla..bla...bla...
tiba-tiba...

DIA: bagitau aku cepat, ang ada uat apa2 tak yg ak tak tau?
SAYA: mana ada! {dengan nada penuh konpius dan pelik}
DIA: cepattt bagitau...xkan xtau kot.. ada uat apa2 tak,, yg ak xtau..??
SAYA: laaa,,banyak kot yg ak uat, ang xtau..tak kan semua nak repot...hehe {still konpius}
DIA: ok! xpa kalu xmau bagitau..
SAYA: la...bg la hint, kalau xcakap ak pun xtau...

(nak dipendekkan cerita yg panjang)
setelah didesak berkali2 utk bagi hint...akhirnyaaaaaa....

DIA: ang dah uat apa kat cahayakerinduan ang tu?
SAYA: wink3!!!! tergelak besar. sekuat-kuatnyaaaa....hahahaha

.....................................................................

adeiiii...
terbongkar jugak akhirnya..
sapalah 'insan' bertuah yang memandai repot ni..
teringin nak tau.

saya menulis mengenai dia
dengan harapan dan seyakin-yakinnya
'DIA' xkan baca dan 
xkan tau tentang kewujudan cahayakerinduan ni.
namun, akhirnya terlepass sudaa.

jujurnya,
bukan xmau mewar2kan ke seantero dunia...haha
tapi saya malu,
segan, rendah diri, 
semua adala,,secukup rasa..
lagi2 bertambah malu bila ad org kata,,
'oh! ang ad blog ea?'
'weh, ak baca blog ang la...'

blog ni xde pape yg menarik,
sekadar luahan hati saya,
sy xpandai menulis,,yg puitis2 mcm org lain
sy xhebat,..
so. terimala cahayakerinduan ni seadanya...hehe


khas ditujukan buat anis suraya:
sekarang, ang dah tau kan.hehe
tolong kotakan janji.. follow blog ak hari2.haha
entry ni ditujukan khas buat ang, baca jgn xbaca.
and one more thing, u owe me.
don't you remember?haha
bagi tau ak cepat sapa informer tuh?adoyaiiii..
kalau tak...siap la....haishhh


utk informer tu,,(kalau anda baca sekarang)
jgn risau.sy xmarah la.cuma nak tau je..hehe


nota kaki------> cepat sgguh maklumat tersebar sekarang!! =)
internet di hujung jari la katakan..

belajar untuk menerima.


saya perlu belajar untuk menerima
menerima kenyataan yg ad di dpn mata
menerima kekurangan diri
dan mencuba untuk memperbaiki diri menjadi yg lebih baik

saya juga perlu belajar untuk memaafkan
taleh nak keras2 hati, degil n asyik ikot kepala sendiri je
{sedang memujuk hati}

xd siapa yg tahu betapa sedihnya hati ni.
makin hari smakin jauh dr dia.
dia yg bernama sahabat

xpe.
sy REDHA dgn apa yg berlaku slma ni
yg dh berlaku biarlah ia berlalu.
sy sentiasa mendoakan yg terbaik buat dia.
mga dia bahagia.
kita masih bersahabat tetapi....
jalan dan cara masing2 mgkin sedikit berbeza :(
kamu ada 'sesuatu' yg istimewa
tapi sy..mcm biasa.masih di takuk lama :(


hatikecil: 
dh lama sy simpan rasa ni. mencari ruang dan masa utk diluahkan. hny mampu dipendam dlm hati. 
serius.sy rindu kenangan lalu. rasa nak nangis kalu pk hal ni. mungkin bg dia semuanya ok, seperti biasa. tapi x bg saya.terasa lainnya.huhu :( 
{ke aku yg EMO lebih????}

baru kau tahu.....

aduh!!! 
apa yang berlaku hari ini benar2 mengajar saya.
sudah cukup utk sy tidak mengulangi kesilapan lalu...

baru kau tahu!!!
betapa hebatnya penangan seseorang yg sy xpenah jangka begini jadinya.
barangkali ianya sudah cukup mengajar sy.



merah ini tanda amaran buat sy.
jangan buat lagi.huhu
ingat tu NURUL HANA ye,,
ngan orang lain boleh kompromi.
dengan yg ini.
no kompromi langsung.

Oh my love...


Saya rasa macam nak tampal gambar ni kat merata2 tempat
nak bagitau kat semua orang
yang sekarang adalah MUSIM ASSIGNMENT
please....beware ok!!!

oh my lovely assignment!!!
bila la nak siap???
terlalu banyak sangat.
saya xtau nak settlekan yg mana 1 dulu.
ARAB??
JAWI.....AKHLAK???
TM, SDP? PAQ.........???

{walau dengan apa cara sekalipun...sy mesti+wajib siapkan suma ni jugak}
{dalam 1 jangka masa yg singkat}


ya ALLAH.
bantulah hambamu yg serba lemah ini....


11 Julai~~

Pada tarikh ini, saya pernah didenda berdiri di luar kelas bersama kawan2 sekumpulan yg lain. xclap saya ketika sy di tahun 6..zaman keanak-anakan lagi..

Pada detik ini juga,, setahun kemudian, saya didenda lagi sekali..haha~~ ketuk ketampi seorang diri di dalam kelas di hadapan rakan-rakan yang lain. apa sebabnya, sy sudah lupa. tetapi yang pasti, didenda guru kerana melakukan kesalahan. myb salah jawab bg jawapan kot...ngee

dan pada detik ini jugalah saya menyambut ulangtahun kelahiran. 11 JULAI....

Setiap tahun berbeza pengalamannya.. ada yang meriah, ada yang biasa2 saja.
yang paling tak bleh lupa, sy pernah menyambut hari lahir di dalam bas.hehe ketika ulangtahun ke-20. tahun lepas.. terima kasih kepada sahabat2 yang mengadakan jamuan ringan & sudi menyambut bezday saya.. :)

----------------------------------------------------------

OK!!! 
itu hanyalah sekadar bingkisan kehidupan saya bernama NURUL HANA...
tiada apa yang istimewa, cuma terdetik di hati untuk meninggalkan sedikit kenangan di dlm blog ttg hari lahir. itu sahaja.!! 
sudah 6 hari masa berlalu, baru sy berkesempatan utk menulis di sini.
baiklah,,ini sahaja yg mampu sy coretkan tika ini...kita ketemu lagi nnt ya :)


dari saya:
  • thanks buat kawan2 yg wish bezday sy..smada mlalui msg mahupun FB
  • sy dah masuk 21...dh boleh mengundi.. yeayyyy!!! 
  • mga peningkatan umur ini menjadikan sy lebih matang, matang berfikir juga matang dlm bertindak
  • doakan yg baik2 buat sy. :)
  • dan yg paling penting, terima kasih buat EMAK tersayang yang sabar mendidik & menjaga saya selama ni.. jasa mak xkan dilupakan smpi bila2.. adik akan berusaha utk membahagiakan mak selagi termampu.. dan alangkah indahnya jika ABAH juga turut bersama kita ketika ini... :(


a big clap for them.


Special thanks to ALONG n ADIK
Sebab dah tolong saya
saya sangat2 hargai
time kaseh banyak2 ye..
kalau korang xtolong
ntah ape la yg jadi.
sy xmampu buat sorang
naseb baek ada kamu =)

nah!!
saya blnja minum kopi neh dulu
siap ada love2 lagi
hehe~~



~maaf sbb dah mengganggu masa rehat kalian sepanjang cuti ni, terutama pada ALONG.haha~

End of story. Lets start a new chapter..


bermulalah kini.....
sebuah episod kehidupan yang baru... :)

sedar xsedar...pejam celik pejam celik...
dah pun habis cuti 3 minggu...
adoiiiii {sedikit mengeluh di situ}hehe....
dan...dh nak masuk sem baru. SEM 4
sekejap je masa berlalu..kan??

esok saya dah nak pulang ke maktab
PERLU pulang awal sbb ad hal pd pg sabtu...
inilah antara PENGORBANAN yg perlu sy dan sahabat2 lalui..
takpe..kami redha. nak dpt ilmu kena byk berkorban.. 
mana ad bnd yg senang nak dpt dalam dunia ni..

secara jujurnya..sy seolah2 xpuas lagi bercuti..
perlukan lebih lama masa...boleh ke???hehe
teringat pada perbualan bersama seorang sahabat petang td..
sem depan, buka buku baru. new chapter!!!
dah xnak pikir dh benda2 remeh
dan.....yang paling penting..
THINK POSITIF.. :)



dari saya: 
jangan dikenang masa yang lalu.
buang yang keruh, ambil yg jernih.
semua itu asam garam kehidupan.
xkan ade kesenangan tanpa kesusahan.
 cuba mempositifkan diri dalam semua hal

..kecewa..

saya kecewa..teramat sangat
bukan pada orang lain
tetapi dengan diri sendiri
saya bukan seorang yang baik

saya tahu
saya perlu berikan apa yang sepatutnya mrka inginkan
mereka mahu lebih dari itu
namun...
kerna saya yang serba kekurangan
saya kecewakan mereka
KECEWA & MENGECEWAKAN
xsepatutnya begitu
sedih..sangat sedih =(

..maafkan saya..
ianya xkan berulang lagi.promise.
saya akan cuba baiki kelemahan
untuk jadi yg terbaik
dan xakan mengecewakan kalian lg..
insyaaallah

.......doakan saya.......

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.