Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Showing posts with label keluarga.saya.. Show all posts
Showing posts with label keluarga.saya.. Show all posts

Seindahsecantik pelangi



Along si tinggi lampai
Angah yang gemuk gedempol dah kurus sekarang ni
Alang yang err,,the blur one?!! :P
Ayien the little princess
Haidar a.k.a achik yg muka nampak legend tapi dlm hati ada taman
Nayli si suara serak basah ala ella.

Along Naim si slow motion steady n cool
Kakak si perfectionist one
Ayu si banyak kerenah yang suka ajak p kedai
Enon si lawak macam kartun
n Humaira si kecik yang buas byk akal



keriuhan mereka sudah cukup mengubat hati saya
kadang-kadang hampir terlupa keja bertimbun2 kalau bersama mereka.
bak kata orang saya, terapi jiwa kalau main ng budak2 ni.
baru ketemu tapi sudah rindu..
oh kritikal. sabar,dah xlama..




[warnawarni pelangi yang mereka ukirkan seindah secantik pelangi yang kita lihat]
bahagia bukan? :)

Saya Sayang Emak Saya.



selalu kita dengar lagu ni kan
dekat tv.
'ibu.ibu.engkaulah ratu hatiku'

...........................................................................................................


..special post utk ratu hati sy..

buat emak tersayang
..Hjh The Hawa bt Hj Mat Isa..


terima kasih buat mak
yg selama ni telah membesarkan & mendidik kami adik beradik.

SAYANG MAK!
sangat-sangat.
tak tergambar rasanya.

TERIMA KASIH MAK!
sanggup berkorban apa shj utk kami.
dari dulu sampai sekarang.


doa buat mak:
moga mak sihat selalu
dipanjangkan umur
diberkati & dirahmati Allah.
dan..segalanya yang baik utk mak. :)
amin....



‘..Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi..’
 
.sayang mak. rindu abah.
~8 Mei 2011~

I kamisekawanlebah I


Baru seminggu takmasuk kelas,
baru seminggu takjumpa kawan-kawan
saya sudah rindu mereka.
Rasa macam da lama takjumpa

Rindu dgn gelak tawa
Gaduh-gaduh manja..haha
Haihhh
Masing2 ada perangai/kerenah tersendiri..hee

Walaupun kami mcm tue,
Sy tetap syg dorg
Sbb apa?
Sbb dorg shbt sy,
Bukan di dunia tp juga di akhirat, insyaallah.
Kami teman-teman lebah.
Bukan sekadar shbt di kelas,
Tapi km ibarat adik-beradik.

 inilah kami..
teman-teman lebah
gila-gila bukan?


* Ya allah, Kau peliharalah ukhwah kami ini ya allah. 
Moga berkekalan hendaknya.. :)


kata hati: ni baru praktikum..haiih. tahun dpn time posting cmna la pulak ye..huhu 


28/3/2011- Isnin

tempatkan dia di SYURGA

Saya mulakan penulisan kali ini dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. bersyukur kepada-Nya kerana sy telah diberikan kekuatan dan semangat untuk menulis dan berkongsi rasa pada kalian yang sudi membaca laman sesawang yg serba kekurangan ini.

terdetik di hati utk berkongsi.
suka benar rasanya kalau kalian sudi membaca.

sy baru selesai menonton sebuah drama
yg ditayangkan di saluran 103
sempena maal hijrah kali ini
sebuah cerita yg sarat dengan pengajaran dan tauladan buat penonton
bagi sy, rugi kalau xtonton
sbb byk iktibar yg boleh kita ambil

tajuknya: Tempatkan dia di Syurga

agak beremosi sy kali ni ketika menonton. tp xdela nangis smpi tahap kritikal. sekadar bergenang airmata.heheh almaklumla, xde org di rumah. hanya kami berdua. masing2 tgk tv lain2. mak tgk tv di dapor, sy di ruang tamu. padahal channel nya sma. rugi elektrik kan?haha sy suka privasi. kalau tgk cerita sebegitu, kena sorg2. baru ada feel. kalau ad org disebelah, malu nak nangis, even dengan mak sekalipun.

ok.back to the story.
sy cuba ceritakan sedikit sinopsisnya.

Seorang ibu yang bernama ASMAH terpaksa membanting tulang bekerja keras untuk menyara kehidupannya. mempunyai 4 orang anak, yg sulung kurang sempurna-ada penyakit sawan rasanya-menyebabkan dia tidak seperti adik beradiknya yg lain-ibunya memanggilnya dengan panggilan 'ABANG', anak yg seterusnya BADRUL-pemalas-dh 18 kali telah diberhentikan keja, haha kemudian RAMLI-suka berhutang keliling pinggang, dan seorang anak perempuan-SAKINAH-dh kawen.

Walaupun anak ramai, tapi si ibu tetap kena kerja keras utk menyara keluarga lantaran dua anak lakinya yg pemalas+xboleh nak harap langsung. si abang pula seorang yg baik. walaupun dia kurang sempurna tapi dia tetap rajin membantu ibunya. Sakinah pula langsung tidak dapat membantu ibunya, dari mengirimkan barang keperluan dapur, memberikan wang belanja hatta melawat ibunya sekalipun tidak dibenarkan oleh suaminya. seorang suami yg sy rasakan sgt ego dan mementingkan diri.  

nak dipendekkan cerita yg panjangnya 2 jam tu,
badrul telah ditangkap kerana cuba memecah masuk rumah org kg
ramli pula masih xdapat nak melangsaikan hutangnya yg bertimbun
klimaks pd cerita ni apabila ramli cuba mengambil geran tanah ibunya utk digadaikan. berlaku pergelutan dan pergaduhan sehingga ramli menolak abangnya hingga terjatuh. dan ALLAH itu MAHA KUASA dan ADIL.
ramli mendapat balasan pabila dia ditimpa kemalangan ketika ingin keluar dari halaman rumah ibunya. 

hati ibu mana yang xsedih. hati ibu mana yg xsayu tatkala satu demi satu ujian yg menimpa keluarga. seorg demi seorg anaknya ditimpa musibah.
akhirnya, 'abang' (aizat namanya kalau xsilap.hee) dijemput terlebih dahulu menghadap Ilahi.
luluh hati seorang ibu bila anak yg sering membantunya-anak yg sering mendoakan kebahagiaan ibunya telah dijemput terlebih dahulu daripadanya. 

lebih-kurang dan kurang-lebih begitu la ceritanya.  :)


apa yg sy cuba sampaikan kat sini,
cerita ni hanyalah pengajaran buat kita
sebagai pedoman moga langkah kita tidak tersasar sprti anak2 dlm cta td

hargailah mak dan ayah kita selagi mereka hidup di dunia ini
jangan pernah jemu utk mendoakan kebahagiaan mereka
jangan pernah lelah utk berbakti kepada mereka.
lahirnya kita ke dunia adalah kerana mereka
tanpa mereka, siapa kita?

jangan lalai dan lupa utk melaksanakan kewajipan kta thdp mereka
sesibuk mana sekalipun kita
jangan abaikan mereka
bukan harta dan wang ringgit yg diperlukan
tapi sekelumit kasih syg dan perhatian 
sudah cukup untuk menggembirakan hati seorang ibu dan ayah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 


Ya Allah ya tuhanku
kedua ibu bapaku adalah bungaku
tanpa mereka tiadalah seri duniaku

ya Allah
kedua ibu bapaku adalah maduku
penawar dalam segala hal

ya Allah
kedua ibu bapaku adalah guruku
mengajarku erti kehidupan
mendidikku dengan penuh kasih dan mesra

kusayangi mereka ya Allah
jangan kau biarkan mereka sendirian
dalam dunia, di alam barzakh, bahkan di akhirat
KAU dampingilah mereka selalu
KAU jagalah mereka mga sentiasa dlm hidayah-Mu
TEMPATKAN MEREKA DI SYURGAMU KELAK
ku amat menyayangi mereka kerana-Mu...


salam rindu buat arwah abah, Allahyarham Hj Daud b. Hj Ahmad
salam sayang buat emak, Hjh Teh Hawa bt Hj Mat Isa

dari anakmu, 
Nurul Hana.

syukur. alhamdulillah.

Alhamdulillah.
hanya itu yang mampu saya ucapkan tika ini.
yang keruh sudah mula menjadi jernih.
mga semuanya kembali pulih seperti biasa.
InsyaAllah. amin.

TERIMA KASIH YA ALLAH.



Ya Allah.
gantikanlah kepedihan ini dengan kesenangan
jadikan kesedihan itu awal gerbang kebahagiaan
sirnakan rasa takut ini menjadi tenteram

Ya Allah.
dinginkan panasnya kalbu dengan salju keyakinan
padamkan bara jiwa dengan air keimanan.

Ya Allah. 
sirnakan diri kami rasa sedih & duka
kami berlindung kepada-Mu ya allah
kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan penolong.
:)


air mata ini..gugur lagi

kenangan di pagi hari raya puasa~14 Nov 2004

..senyuman yg teramat kurindui..

buat kesekian kalinya.air mata ini gugur lagi
air mata kerinduan.. =(

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.