Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Showing posts with label akudanhati. Show all posts
Showing posts with label akudanhati. Show all posts

Sod baa ro



"Kata kuncinya: SABAR. Dan sekiranya anda benarbenar minat pada seseorang itu, banyakbanyakkan berdoa dan adukan kepada talian hayat 24434 yang dibuka setiap hari tanpa cuti. Dan sekiranya ditakdirkan dia bukan jodoh anda, itu sudah menjadi ketentuan yang paling baik untuk anda. Sekiranya ya, jangan lupa jemput saya makan nasi minyak dan minum air sirap limau!"

-Demam IPJ-
Wahai!!  Krik. Krik. Senyum. 


Keep Waiting Dude


1 Muharam 1437H
Ada perubahan :)

Aku xpasti petanda apa ini
Tapi mampu buat aku tersenyum
Dalam hati juga di luar
Rasa nak jeritjerit lompat

Dah lama aku tunggu
Hingga hampir buntu dan lesu
Akhirnya positif juga walau sikit cuma

Betullah kata mereka
Lama menunggu pasti ada hasilnya
Sabarlah
Sabar dan sabar lagi
Mana tahu doa yang ke-1000 kali itu akan dipandang DIA 

Rabbi yassir ya Rabb
Dan terus jadikan hati aku istiqomah 

161015
SketchOfLife
NurulHanaDaud.

H A T I


.Hati.
Satu keping yang punya macam-macam rasa
Kadang-kadang gembira, kadang-kadang duka.

Saat hati berkata ingin
Namun akal lebih menguasai 

Hati memandang dengan emosi
Akal memandang dengan realiti

Sabar
Banyakkan doa
Dan teruskan tersenyum :)


Menulisdarihati,

130915
SketchOfLife
NurulHanaDaud.


menulis dari bumi bainun al-mertajam.

salam ramadhan kareem buat semua umat islam dan pembaca2 blog.
mohon anda semua mendoakan yang terbaik buat saya dan sahabat2
berada di tahun akhir,
macam2 dalam kepala,
dengan tesisnya lagi, fail2 dan subjek2 akhir yang perlu disempurnakan
moga kami semua tetap sabar dan semangat menghabiskan sisa2 masa di bumi yang penuh memori ini.

di bulan ramadhan yang penuh barakah ni
moga kita semua semangat untuk meng'gemuk'kan badan dengan ibadah dan menguruskan diri dari dosa2 lalu. =)
amin.




orang belakang tulis blog,
saya pn tiba2 teringin nk post jugak :)


“ Pilihan yang baik seorang hamba adalah apa yang Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya, dan Allah lebih mengasihi hambanya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu, seseorang hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNya, mencukupkan diri dengan kecukupan yang diberikan Tuhan kepadaNya.”

~ sekadar gambar hiasan ~


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me


Jangan takut untuk menulis

Jangan pernah takut untuk menerima kritikan

Semuanya adalah mehnah dan cabaran

untuk memperbaiki diri

sebagai proses penambahan ilmu


jadi,

positiflah :)

dan kuat semangat.


Terasing

Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai


teringat bait-bait lagu Hilang dalam ramai nyanyian kumpulan Exist
wah,,jiwang le pulak..hehe


TERASING..
rasa janggal dalam riuhnya suara sahabat2..
allah..
sedih hati ini, hanya Engkau yang mengerti
mereka sibuk sana dan sini,
aku,
hanya sekadar menjadi pemerhati..

dan...
lebih baik
berdiam diri dari berkata-kata.

diam itu lebih baik kan? :)


recharge.


R e c h a r g e

hmm..
mungkin ini yg perlu sy buat sekarang.
ya recharge.

bukan ini, :(


tapi ini, :)


Ya ALLAH ya tuhanku
mudahkanlah urusan hambamu yang serba hina dan kerdil ini ya ALLAH
permudahkanlah jangan disulitkan kerana ENGKAU lah yang maha memudahkan
segala yang susah adalah mudah bagiMU..

berikan aku kesempatan dan ruang lagi..

School Holiday~


Alhamdulillah.
semester 5 semakin berakhir.

mencuri ruang dan peluang dlm kesempitan waktu 
utk menulis, berkongsi rasa yg ada :)

Orang lain sibuk2 mengangkat barang
mengemas bilik
mengemas rumah sewa
yang dh sampai kg halaman pun ada

tapi kami,
masih disini.
menghitung hari utk pulang
pulang lewat dari biasa.
aduh,,sangat tekanan tu..haha


" KURSUS KEPIMPINAN ASAS TAHAP 1 PPIM  "


mana ada semangat berkursus dh..
hujung2 sem ni
hati dh smpai kg, jasad je masih kat sini..hee
muka sorang2 kalau tengok...adeii..
punyala susah nak senyum..
tekanan kot..haha

tu utk hari pertama.
hari2 seterusnya..siapa tahu.

doakan yg terbaik..
yang paling penting

BETULKAN NIAT, IKHLASKAN HATI..
SEMUANYA....LILLAHITAALA :)

insyaAllah ada barakah di situ..
insyaAllah kebahagiaan pasti ada.. aminn.



p/s: ALLAH tahu apa yg terbaik utk hambanya, kan? =)

Saya Sayang Emak Saya.



selalu kita dengar lagu ni kan
dekat tv.
'ibu.ibu.engkaulah ratu hatiku'

...........................................................................................................


..special post utk ratu hati sy..

buat emak tersayang
..Hjh The Hawa bt Hj Mat Isa..


terima kasih buat mak
yg selama ni telah membesarkan & mendidik kami adik beradik.

SAYANG MAK!
sangat-sangat.
tak tergambar rasanya.

TERIMA KASIH MAK!
sanggup berkorban apa shj utk kami.
dari dulu sampai sekarang.


doa buat mak:
moga mak sihat selalu
dipanjangkan umur
diberkati & dirahmati Allah.
dan..segalanya yang baik utk mak. :)
amin....



‘..Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi..’
 
.sayang mak. rindu abah.
~8 Mei 2011~

sudah matang rupanya =)

22 April 2011
ini perbincangan serius.
bagi yg berumur below 20 years old,
anda tidak disarankan supaya baca.
tapi kalau dh terbaca, takpe. silakan. :)

dulu.
sembang biasa-biasa je.
zaman muda remaja. zaman hingusan lagi.hee

sekarang.
ouh! dh makin matang rupanya kawan2 aku.
soksek sana sini
sembang cara org dewasa.
agak2 apa tu?hee
.
.
.
.
.
.
.
.

ini..gambar cincin ye.
cincin sinonim to..kahwin!
yeah..

aku tumpang gembira.
buat kawan2+sahabat2+teman..
kalau ada yg dh mula buat perancangan,
teruskan.
buat benda baik ni. nak bina masjid.
moga ALLAH redha.
aku tumpang gembira.
moga kalian bahagia.
jangan lupa doa utk aku sama.haha

tapi kena ingat jugak.
nak kahwin ni bukan benda senang,
bukan sekadar penyatuan dua hati, 
bukan sekadar nak elak buat maksiat.
banyak lagi yg kena fikir.
aku nak ckp lebih2 pun xde pengalaman,
cuma,
memg BANYAK BENDA yg nk kena fikir lah.ngee
tepuk dada tanya selera anda.

apa yang penting,
study/pelajaran perlu diteruskan & diselesaikan.
sampai ke penghujung,
sampai grad. :)
moga kita dapat menjadi seorang guru
bukan hanya sekadar mengajar
tetapi seorang murabbi, muaddib & daie.
INSYAALLAH.


kataaku: 
perancangan utk kahwin masih jatuh pada list yg kedua.
yg utamanya, habiskan study dan kerja
& paling penting, berbakti dan balas jasa mak & keluarga
tetapi kalau jodoh dtg awal
terimala seadanya :)
sebab..
sebaik2 perancangan manusia,
perancangan Allah itu adalah yg terbaik dr segalanya
DIA tahu apa yg TERBAIK utk hambanya..


Buat habis baik!


Alhamdulillah.
fasa 1 praktikum udah selesai semuanya
segalanya berjalan lancar.

tipu kalau aku kata
aku xsedih nak tinggalkan sek.
nak tinggalkan anak-anak murid yg semuanya comel2 blaka.
tapi xkanla nak tnjuk kat semua org yg aku sedih kot
perlu ke? xkan nak kena tnjuk sedih smbil golek2+guling2 segala bagai
xperlu kot..haha 

walau apa pun,
praktikum pertama ni byk pengalaman
pahit juga manis
xmampu nak diceritakan kat sini
nnt tak cukup page
ambil masa smpai 2 3 hari nak karang
kalah uat assgmnt plak nnt.hee 

tamat 1 fasa
mula pulak 1 fasa baru
macam biasa setiap kali hujung semester
semua student xboleh nak lari
sekarang ni musim
-
-
-

oh..
2 paper dh selesai.

EXAM KOAM
(mampukah aku lulus dgn baik?)

UAK PQE 3103
wah! apakah?! buat je stakat termampu. :)


dan,
yg bakal menunggu hari esok,

ARAB & AMALI TARANUM.
buat habis baik! =)

MyEm0.Com




21 April 2011

Be who u are & say what u feel~

21 April 2011


OK!
Sila baca ayat di atas & fahami betul2 :)

tolong jadi diri sendiri.
yg paling penting,
jangan HIPOKRIT!
  

kataaku: mesej diatas tiada kaitan dgn yg hdup atau yg dh mati.

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.