Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Showing posts with label The beauty of ISLAM. Show all posts
Showing posts with label The beauty of ISLAM. Show all posts

Seindah biasa


Di dunia moden hari ini…
Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada   
...cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,.. 
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,.. 
Tanpa pakaian menjolok mata.... 

Susah??? 
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian... 

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,... 
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya.. 

Yang Penting.. 
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya.. 
Subhanallah.. 
Wanita.. 


INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA.. 
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYAALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA.. 
=)



Qasidah CINTA buat ALLAH & RASUL





Alhamdulillah
Subhanallah

segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya
majlis yang telah dirancang
berjalan dengan baik & lancar.


SUBHANALLAH

10 MEI 2011
bermula dgn Majlis pengajian & pengijazahan kitab Pengantar Ilmu Tauhid
dan sebelah malamnya pula
Majlis Pelancaran Buku Qasidah..

Hari yang bermakna buat saya
indah. sangat indah.
hanya yang berada di dalam majlis yang dapat merasai
keindahan dan kenikmatan
saat alunan qasidah diperdengarkan
buat para tetamu yang hadir.

syukur. 
saat dipih ALLAH untuk turut bersama2 di dalam majlis
ditambah pula dengan kehadiran alim ulama SYEIKH ROHIMUDDIN
istimewanya kita sebagai seorang muslim.
alhamdulillah.

tenang sekali rasanya
tatkala ayat-ayat cinta buat ALLAH & RASUL
didendangkan.

benarlah kata syeikh rohimuddin:
sekeras-keras hati manusia
apabila diperdengarkan dengan ayat2 ALLAH, ayat2 yang memuji RASULULLAH
hati yang keras akan menjadi lembut..
ALLAHUAKBAR...


saya tak pandai menulis dan bercerita.
cuma apa yang sy rasa sekarang,
indah. sangat indah.
sangat bersemangat.



~YA ALLAH..TETAPKANLAH HATI KAMI DENGAN AGAMAMU~


tahniah buat kumpulan qasidah
QASIDAH AL-'IHYA
nama yg diberikan oleh syeikh rohimuddin
moga dgn keberkatan nama ini
ia mampu menghidupkan jiwa dan hati yg mati.
terus istiqomah dlm menyebarkan dakwah.
insyaallah..aminn..




p/s: cintailah Rasulullah melebihi cinta akan dirimu.
stakat mana cinta kita kepada rasulullah.??
allah..muhasabah diri~~


> 11 mei 2011 <

Jom CUCI HATI KITA.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – 
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – 
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari. =)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – 
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – 
Jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Jom sama2 kita muhasabah diri balik,
adakah kita telah melakukan petua2 diatas ni..
jikalau belom, jom mulakan sekarang. tak RUGI !!
jom sama2 cuci hati kita =)

sumber: i luv islam so much!!
 

~sekadar gambar hiasan~
..SUBHANALLAH..
~indah~


Memaafkan untuk SYURGA


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham. Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, 
"Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

sumber: dipetik dari iluvislam.com


 mudah kan untuk jadi ahli syurga?
tetapi yg mudah itulah yg susah utk kita amalkan.


hatikecil: sy kena belajar utk memaafkan.
xsusah pun. kalu kita cuba, insyaallah berhasil.
ingat! sblm tidur, maafkan dulu slh silap yg ada.
jgn simpan dendam.mahupun hasad dengki.
JOM! Kita jadi muslim+muslimah yg pemaaf. :)

Mengapa aku dihidupkan di dunia ini?

Untuk sujud menyembah ALLAH S.W.T...
  • Firman ALLAH yang bermaksud: "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (surah al-bayyinah 5:98)
Untuk aku menjadi seorang khalifah di muka bumi ini...
  • Firman ALLAH, maksudnya: "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi ini dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakan-Nya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (surah al-an'am 6:165)
Untuk aku menyeru kepada kebaikan & menjauhi kemungkaran...
  • Firman ALLAH, maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan ISLAM) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya." (surah ali imran 3:104)
ALLAH S.W.T tidak jadikan aku sia-sia...
  • Firman ALLAH yang bermaksud: "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu menyangka pula tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (surah al-mu'minun)


adakah langkah kita slma ini brda pd landasan yg betul??
fikir2kanlah..TEPUK DADA TANYA IMAN..
peringatan buat kalian yg membaca..
juga buat diriku yg acapkali alpa & lalai.. :(

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.