Assalamualaikum..
Saya mulakan penulisan saya kali nie dgn lafaz Bismillahirrahmanirrahim.. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana masih diberi kekuatan Iman dan Islam untuk terus berada di bumi Allah yang serba luas ini. Alhamdulillah..
Teruja sekali untuk saya kongsikan di sini serba sedikit ilmu yang telah saya peroleh sepanjang diskusi kitab yang dijalankan di Surau Al-Ghazali pada 4 julai 2010, hari Ahad yang lalu. Saya cukup gembira kerana Allah masih campakkan keinginan dan kekuatan di dalam hati untuk terus menimba dan menuntut ilmu. Bumi Bainun cukup bertuah kerana sejak kebelakangan ni selalu dikunjungi ulama-ulama besar yang sanggup untuk turun menyebarkan ilmu-ilmu mereka kepada kita. Secara jujurnya, rugi seandainya kita xrebut peluang yang ada ni dengan sebaiknya. Seperti yang telah dimaklumkan dalam majlis tersebut, Insyaallah pada penghujung Julai nanti juga akan ada seorang lagi ulama besar yang akan turun menziarahi kita..Subhanallah.
Majlis Diskusi dan Pengkhataman Kitab anjuran Badan Kebajikan Surau IPG Kampus Tuanku Bainun ini telah menerima seorang ulama terkemuka dari Indonesia iaitu Abu Muhammad As Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi 'Azamatkhan Al-Husaini Al-Banteni. Beliau telah membicarakan dua buah kitab hasil karyanya sendiri iaitu Mengubah Kemungkaran: Sarana Kelestarian Ummah dan Jalan Singkat Menuju Syurganya.
Syeikh Rohimuddin tiba agak lewat pada pagi Ahad tersebut, namun kelewatan beliau tidak mematahkan semangat kami semua yang berkobar-kobar dan tidak sabar untuk bertemu dan bersama alim ulama di dalam majlis ilmu atau lebih dikenali dengan taman-taman Syurga. Semuanya menunggu dengan penuh taat dan sabar :) Sebaik beliau masuk ke dalam surau, paluan kompang dan alunan nasyid bersatu menandakan kami amat mengalu-alukan tetamu yang ditunggu-tunggu. Seperti biasa, sebelum sesuatu majlis dimulakan, xlengkap sekiranya kami xdisajikan dengan alunan qasidah dari kumpulan qasidah maktab..{xsenang duduk tau kalu xdgr qasidah dulu sblm majlis mula..hehe}
Sebelum berbicara dengan lebih lanjut, Syeikh Rohimuddin telah menerangkan serba ringkas mengenai kitab penulisannya ini. Kitab Mengubah Kemungkaran: Sarana Kelestarian Ummah telah mengupas dan membicarakan dengan lebih mendalam tentang salah sebuah hadis Rasulullah S.A.W iaitu:
Maksudnya:
"Barangsiapa sahaja yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu, maka dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman".
(Hadith Riwayat Muslim)
"Barangsiapa sahaja yang melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu, maka dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah Iman".
(Hadith Riwayat Muslim)
Kita seperti sudah biasa mendengar hadis Rasulullah ini, namun adakah kita hayati sebetul-betulnya maksud hadis ni? Adakah kita aplikasi apa yang dipesan oleh Rasulullah dalam kehidupan seharian kita?? Adakah kita cuba untuk mencegah kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku di depan mata?? {tepuk dada, tanya iman} Saya secara jujurnya masih belum mampu untuk mempunyai kekuatan itu.. Saya tidaklah seberani zaujah tuan syeikh yang lantang menegur orang berpacaran di taman seperti yang diceritakan beliau :)
Banyak ilmu berguna dan info baru yang telah saya dapat dari diskusi kitab kali ni. Antaranya, harus diingatkan bahawa kita hendaklah cuba untuk mengubah kemungkaran yang dilihat. Mengubah di sini membawa maksud menghilangkan dan menggantikan kemungkaran itu dengan perkara yang lebih baik.
Banyak ilmu berguna dan info baru yang telah saya dapat dari diskusi kitab kali ni. Antaranya, harus diingatkan bahawa kita hendaklah cuba untuk mengubah kemungkaran yang dilihat. Mengubah di sini membawa maksud menghilangkan dan menggantikan kemungkaran itu dengan perkara yang lebih baik.
Buat peringatan sahabat-sahabat semua,, ingatlah.. tidak ada seorang muslim pun yang boleh lari dari kewajipan untuk mengubah kemungkaran yang berlaku.. jangan hanya dipandang tanpa sebarang rasa, namun berusahalah untuk melakukan sesuatu. Satu lagi, jika ingin menegur, tegurlah secara berhikmah. Kita punya cara yang khusus yang telah digariskan oleh ISLAM dalam memberi teguran kepada seseorang, moga teguran itu terus sampai ke dalam hati dan dapat diterima dengan baik..
Penyampaian tuan syeikh yang bersahaja membuatkan saya cukup tertarik untuk mendengar tiap bait kata-kata yang dilontarkan olehnya.. seolah-olah xnak tertinggal satu pun..ngee ditambah dengan lawak-lawak beliau serta loghat indon membuatkan kami semua xkering gusi.. sentiasa terhibur. Alhamdulillah, kami semua berjaya menghabiskan dan mengkhatam kitab pertama ni lebih kurang pada pukul 12.40 p.m. walaupun bermula agak lewat pada awalnya.
*Ubahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain.. :)
Penyampaian tuan syeikh yang bersahaja membuatkan saya cukup tertarik untuk mendengar tiap bait kata-kata yang dilontarkan olehnya.. seolah-olah xnak tertinggal satu pun..ngee ditambah dengan lawak-lawak beliau serta loghat indon membuatkan kami semua xkering gusi.. sentiasa terhibur. Alhamdulillah, kami semua berjaya menghabiskan dan mengkhatam kitab pertama ni lebih kurang pada pukul 12.40 p.m. walaupun bermula agak lewat pada awalnya.
*Ubahlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengubah orang lain.. :)
Kitab 2: Jalan Singkat Menuju Syurganya.
" Tempuhilah jalan singkat ini wahai wanita dan jangan menoleh kepada jalan lain, sesungguhnya Allah meringankanmu dan janganlah engkau memberatkan diri sendiri, Allah memberi jalan singkat maka janganlah mencari jalan yang jauh dan berliku. Fahamilah... "
Kitab ini pula telah membincangkan tentang salah satu pesanan Rasulullah buat wanita-wanita.
Dari Abu Hurairah berkata: Rasulullah bersabda:
"Jika seorang wanita telah solat lima waktu, puasa di bulannya (Ramadan), memelihara kemaluannya dan mentaati suaminya, maka ia akan memasuki syurga dari pintu mana sahaja yang ia kehendaki."
(HR. Ahmad dan Thabarani)
Pak Kiyai (gelaran seorang ustaz atau syeikh di indon) kurang membahaskan buku ini seperti beliau membahaskan kitab yang pertama kerana menurut beliau, buku ini lebih cocok atau sesuai buat wanita-wanita yang sudah menikah sedangkan kami semua yang berada di dalam majlisnya masih belum mendirikan rumah tangga. :) Namun, beliau banyak menyentuh tentang isu semasa yang berlaku.
Saya amat tertarik dengan pesanan Rasulullah ini. Jika dilihat, bukan susah sebenarnya untuk kita mendapatkan Syurga. Telah dijanjikan bahawasanya kita mampu atau boleh untuk memilih pintu mana pun untuk memasuki syurga sekiranya kita menepati empat syarat ini iaitu:
- Solat lima waktu
- Puasa di bulan Ramadan
- Menjaga kebersihan dan kehormatan diri
- Mentaati suami selagi mana xmelakukan kemaksiatan dan kemungkaran kpd Allah
Setelah selesai mengkhatamkan dua buah kitab ini, majlis pengijazahan dijalankan pada sebelah malamnya. Untung dan bertuah buat smua yang dpt hadir pada majlis kali ini kerana bukan 1 ijazah yang kami dapat malahan 4 sekaligus..pengijazahan dua buah kitab yang telah berjaya dikhatam pada tengahari dan sbelah petangnya serta pengijazahan amalan hizb bahar.. Semoga ilmu-ilmu yang diperoleh ini dapat diamalkan dan disebar serta dikongsi bersama. InsyaAllah.
Saya rasa setakat ni shj yang mampu sy kongsikan bersama sahabat-sahabat. Maaf andai tersalah bahasa atau kekurangan yang ada dlm penulisan saya. Sy insan biasa yang masih belajar. Tegur-tegurlah agar kita sma2 dapat memperbaiki kelemahan yang ada.
Baiklah. sekeping dua gambar Syeikh Rohimuddin untuk tatapan kalian semua :)
Credit to cik wafa
bersemangat bukan?!!
saya: alangkah seronoknya kalau boleh buat refleksi panjang dan bersemangat macam ni.. ngee
0 pot-pet:
Post a Comment