Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Tips menarik.. Let's check it out.. =)

Assalamualaikum..
Seminggu lebih berada di kampung halaman membuatkan saya sangat tenang. Hilang segala masalah yg acapkali menyesakkan fikiran.. sekali lagi saya ulang.. saya TENANG!!! hehe

Bertatih2 kali ni nampaknya saya menulis & mengupdate belog, lantaran kuasa internet yang amat lemah :)

OKEH!! Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di sini. Tatkala menyelak helaian demi helaian salah satu majalah SOLUSI yang bertimbun2 di rumah, terdapat satu maklumat penting yg menarik hati saya. Mungkin ianya sudah diketahui umum.. tapi apa salahnya utk saya berkongsi lagi sekali bersama mereka yang masih belum tahu.. :)

Memang xdapat dinafikan, laman FACEBOOK kini amat digemari ramai.. bermula dari usia muda remaja malahan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa.. masing2 ada FB tersendiri.. saya juga xterkecuali.heheh best sangat ke fb ni?? {tepuk dada tanya iman}
Saya bukanlah berniat utk membincangkan dgn lebih lanjut soal fb ni terutamanya hukum berkenaan fb..sbb dh terlalu byk isu nie dibincgkan di merata2 tempat; internet, blog dan sebagainya..

CUMA... sedikit peringatan buat kita semua yg terlalu asyik MELAYAN & BERMAIN FB, saya hidangkan tip-tip penting buat pengguna fb agar kita lebih berhati-hati..
  1. Menggunakan akaun fb untuk manfaat ISLAM melebihi kepentingan peribadi. Kita amat digalakkan supaya menggunakan ruang2 yg ada utk menyebarkan islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
  2. Tidak memasukkan maklumat peribadi yang terlalu detail. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir & latar belakang pendidikan.
  3. Tidak berkongsi terlalu byk gambar2 peribadi tanpa had (khususnya buat wanita).
  4. Menjaga aurat dan pandangan mata.
  5. Elakkan ghibah (mengumpat) dlm fb.
  6. Cuba had dan kurangkan berbincang soal remeh-temeh yang membuang masa.. ada byk keja lain lagi yg boleh dibuat daa :)
  7. Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dgn islam spt kuiz ramalan nasib.
  8. Tidak mempercayai aplikasi tilik moden spt rahsia tarikh lahir dan sebagainya.
  9. Harus sedar dan ingat bahawa setiap maklumat2 kita di fb boleh menjadi database pihak asing utk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika x dikawal.
        sumber: majalah SOLUSI isu 17

okeh.. setakat ni saja perkongsian yang dapat sy berikan pd kali ni. Moga ianya berguna dan menjadi manfaat kita bersama.. :)

nota hati: baru berkesempatan utk update blog..alhamdulillah..
nota fikir: jom puasa sunat esok hari.. 1 REJAB. semangat2!!heheh

=(

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum buat teman seperjuangan semua

Tiba2 hati saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini..sekadar meninggalkan sedikit kenangan sebelum pulang bercuti esok..mungkin sy akan kembali menulis selepas 3 minggu...hehe

Alhamdulillah..hanya ini yg mampu saya lafazkan tika ini. Bersyukur kerana sy berjaya menghabiskan semester 3 ini dengan jayanya..semuanya dapat dilalui dengan penuh tabah dan tenang.. :)

Terlalu banyak perkara yg berlaku sepanjang sem ni., dugaan & cabaran yg datang menimpa2..xpernah putus.
ADUH!! terlalu pahit untuk diimbas kembali. terlalu sakit untuk diungkapkan semula. biarlah saya telan semuanya.mga pahit ini mampu menjadi penawar buat saya menghadapi hidup di kemudian hari..
Saya letih.. Letih kerana berfikir..byk benda yg bermain di fikiran. 
aduh..SAKIT!!! 

Sy harap, percutian 3 minggu mampu memberikan ketenangan yg telah sekian lama menghilang.. menyelak kembali helaian2 lama. cuba bermuhasabah.. mencari kelemahan diri.
Semoga sekembalinya sy nnt dengan semangat baru. Insyaallah..
 
nota hati: ada misi yang perlu dilaksanakan cuti ni.. :)
nota kaki: nak berjalan sepuas2nya..haha rehatkan minda+otak.

maaf kalau sy menulis dlm emosi. 
hanya sekadar meluahkan rasa hati yang terpendam

MyEm0.Com
ma'assalamah wa ila liqa'


Andai perjuangan ini mudah
pasti ramai yang akan menyertainya..

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan
pasti ramai yang tertarik padaNya..

TAPI.....hakikat perjuangan bukan begitu
turun naiknya, sakit pedihnya
umpama KEMANISAN yang tak terhingga..

Andai rebah..bangkitlah semula
Andai terluka..ingatlah janjiNya..

SELAMAT BERJUANG!!!



JOM!!! menghitung hari...heheh

Assalamualaikum dan salam perjuangan
MyEm0.Com

Hari nie mood saya sangat baik... sgt tak faham. tiba2 ja rasa nak update blog., walaupun tengah bertarung dan berperang dengan exam.. Nak kata exam IBADAH tadi boleh jawab sepenuhnya..xjugak. tapi saya rasa berSEMANGAT & HAPPY untuk menulis hari ni...hehe

MyEm0.Com

Dua paper sudah selesai..tinggal lagi 4 paper.. =)

SELASA : PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH
RABU     : BAHASA ARAB & HUBUNGAN ETNIK
KHAMIS: PENDIDIKAN AL-QURAN SEKOLAH RENDAH

OK.
xsabar nak habis exam..ngee 
MyEm0.Com

SELASA 

RABU 

KHAMIS 


HOYEHHH!!!!!
selesai sudaa exam
dan yang paling penting....
dapat BALIK RUMAH dengan senang hatinya...hee
~alhamdulillah~


saya: tengah menghiburkan hati yang terlalu rindu untuk pulang ke rumah bertemu keluarga. cuba menghilangkan semua masalah yang ada.. tak nak fikir. menyerabutkan kepala... ada byk bnda lagi yg lebih penting untuk difikirkan..

nasihat seorang kawan: hidup ni tak indah kalau xada dugaan. so,,kita kena sabar hadapinya..jgn mudah menyerah kalah..
ya..sy kena KUAT.SEMANGAT. TAK BOLEH MALAS2 lagi... =)

EXAM =)

..Assalamualaikum..

rindu benar sy dengan blog neh
dah lama ia dibiarkan sepi tnpa cerita baru
dh bersawang agaknya..isk3

.......................................................................
 ok. tutup cerita.

sekarang.mood exam.
di kesempatan yg ada ni,
sy nak ucapkan SELAMAT STUDY utk sahabat2 sume
gnakan masa yg ada dengan sebaiknya
jgn bazirkan masa. {peringatan utk diri sendiri jugak}ngee
moga shbt2 dapat jawab soalan exam dengan baik
 

jangan direnung letihnya usaha
tetapi renunglah manisnya sebuah KEJAYAAN

..SALAM IMTIHAN..

MyEm0.Com
 

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.