Duit & Nafsu
Ibarat isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Cincin dan permata
Duit & Nafsu
Di saat kau harus berjimat
Dan pada tika itulah nafsu kau membuak-buak nak itu dan ini
Mana satu menjadi pilihan
Mana satu yang kau perlu turutkan
Dan pada waktu beginilah
Kau harus guna kewarasan akal
Fikiran rasional
Memilih keinginan atau keperluan
Moga kelak kau tak tersungkur di pertengahan jalan
Saat orang lain tersenyum di hujung garisan
Lantaran itu
Tahanlah nafsumu
Demi kelangsungan isi poketmu
Kerna
Duit & Nafsu
Tidak kan berpisah dan akan terus bersatu...
260715
SketchOfLife
CahayaKerinduan.
Duit & Nafsu
Labels: 2015 , Puisilapuk
Keep Praying. Believe
Hari hari buka
Hari hari tengok
Hari hari berdoa
Hari hari berharap
Rasa dekat
Tapi sebenarnya jauh
Doa
Senjata utama
Berharap
Sangat berharap
Dan percaya
Serta yakin.
Allahu
Mudahkan
Dan jangan sesekali Kau susahkan.
Dan
Masih berharap
Hingga ke hari ni..
Moga ada sinar kelak.
250715
SketchOfLife
Cahayakerinduan.
Labels: 2015 , awakdansaya
Nafas Baru. Saya Kembali
Bismillahirrahmanirrahim...
My 1st entry on October 02, 2009 Friday and now I'm back. Alhamdulillah.
Sudah lama menghilang, tapi rasa rindu menulis tak pernah hilang.
Walaupun saya hanya sekadar manusia pra matang dalam penulisan, tak perlu malu untuk menulis.
Kerna saya menulis bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Dan kini saya kembali.
Rasa rindu menjengah lagi.
Kali ni lebih kuat.
Dan saya tekadkan hati.
Aku harus menulis lagi.
Untuk diri.
Kali ni mungkin lebih matang.
Ingat.
Ini medan juang penulisan.
Medan luahan rasa.
Tatkala tiada manusia sudi mendengar rasa hati kita.
Disini ada untuk berkata.
Insyaallah.
I'm back now
New spirit. :)
250715
SketchOfLife
Nurul Hana Daud.
Labels: 2015
[ Hidup itu satu perjalanan ]
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum.
Subhanallah.. Alhamdulillah. Allahuakbar..
Segala puji bagi Allah yang masih sudi memberi nikmat untukku bernafas.
R. I. N. D. U.
Hanya perkataan ini sahaja yang mampu digambarkan saat ini.
Setelah sekian lama menyepi, diam tanpa sebarang kata, kini aku kembali.
insyaallah dengan semangat baru.
Terlalu banyak yang berlaku sehingga tak mampu untuk diceritakan ditulis disini. :)
Setahun lamanya laman ini ditinggalkan dan kini, insyaallah semangat menulis tu kembali semula.
Dari dunia pelajar, kini aku sudah bergelar pengajar. Alhamdulillah.
terlalu banyak dugaan untuk sampai ke tahap ini, benarlah janji allah, sabar itu indah.
Dan kini, aku berpijak di Bumi Kenyalang. siapa sangka?
jauh sungguh perjalanan. dan perjalanan itu masih panjang.
ini hanyalah permulaan. :)
moga ada sinar & bahagia yang menanti kelak.
[SketchOfLife_cahayakerinduan]
8 Mac 2014, Bekenu Miri.
5 Years and Half
Labels: sahabat

