Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Terasing

Ku hilang dalam ramai
Di kala hujan renyai
Tangis ku tahankan berderai


teringat bait-bait lagu Hilang dalam ramai nyanyian kumpulan Exist
wah,,jiwang le pulak..hehe


TERASING..
rasa janggal dalam riuhnya suara sahabat2..
allah..
sedih hati ini, hanya Engkau yang mengerti
mereka sibuk sana dan sini,
aku,
hanya sekadar menjadi pemerhati..

dan...
lebih baik
berdiam diri dari berkata-kata.

diam itu lebih baik kan? :)


Profesionalisme seorang guru


ikhlas dari hati
saya rindu anak-anak ini.
telatah mereka yang 'macam2'
membuatkan hati saya terhibur.






selesai pembentangan PGPI pada kelas petang tadi, tiba-tiba saya terfikir.
hati terdetik, betulkah apa yang aku buat selama ni?
adakah aku benar2 menjalankan tugas yang ALLAH amanahkan selama ni.
allah..berat benar rasanya hati ni..
ampunkan hamba andai tidak berjaya melunaskan tanggungjawab yang KAU amanahkan :(


adakah selama ini aku hanya sekadar mengajar?
mengajar adalah dengan memberitahu, memberi pemahaman dan menyampaikan..

bukankah seorang guru itu juga perlu mendidik?
mengajak, mendorong, membimbing dan memantau anak2 muridnya..

ALLAH.
berat amanah ni.
akan disoal di sana kelak..

kata Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumuddin:
guru itu adalah...
MURABBI
MUALLIM
MUADDIB
MURSYID
MUDARRIS

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

Jauh lagi perjalanan saya
banyak lagi yang perlu di'servis'
bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang 'SUPERIOR'
(bak kata ustaz basil dalam ucapannya pada seminar lalu)
menjiwai setiap ilmu yang kita sampaikan..


pada anak-anak ustazah,
sejuta kemaafan dipohon andai diri ini tidak mampu menjadi yang terbaik dalam mengajar kalian.
hanya ini yang termampu
apa yang penting, kalian memang terbaik =)

Seindah biasa


Di dunia moden hari ini…
Pilihlah untuk menjadi gadis biasa yang sederhana pada   
...cara dan gaya...
Tanpa eye shadow dan pemerah pipi,..
Tanpa wangian semerbak yang menarik perhatian,..
Tanpa gemerincing loceng gelang kaki...
Tanpa tumit tinggi yang berdetak detak,.. 
Tanpa tudung singkat dan selendang jarang yang mendedah dada,.. 
Tanpa pakaian menjolok mata.... 

Susah??? 
Memanglah....
Jiwa muda....
Warna-warni menggamit mata...
Rasa ingin mencuba membara-bara...
Rapi harus sedar diri,...
Tanpa semua itu pun,...
Kamu sudah pun menjadi perhatian... 

Memilih untuk menjadi hanya gadis biasa,... 
Biar tidak up to date,..
Biar tidak bergaya.. 

Yang Penting.. 
Hati.. Dan Amalannya..
Jika Dipandang.. Sejuk Hati Rasanya.. 
Subhanallah.. 
Wanita.. 


INGATLAH.. DIRIMU BEGITU BERHARGA.. 
JAGA LAH SEGALA AMALAN MU..
INSYAALLAH.. DIRI MU AKAN SEMPURNA DAN BAHAGIA.. 
=)




Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah.

Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah ”Bukankah kami ikhwanmu?”

Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.”


ALLAH...
Muhasabahlah..
Andai kita tidak pernah menitiskan walau setitik air mata kerinduan dan kecintaan pada Baginda...

betapa kasih dan cintanya baginda kepada kita.. 
tepuk dada tanya iman.
sejauh mana usaha & pengorbanan yg telah kita lakukan untuk menyambung mata rantai perjuangan baginda..

..Sekolah..


Alhamdulillah, syukur. sehingga saat ini, saya masih diberikan peluang untuk merasai nikmat dan kasih sayang dariNya.

mengambil sedikit masa dalam kesibukan ini untuk mencoret sesuatu yang indah. sekadar berkongsi rasa.

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, hampir 2minggu saya dan rakan-rakan berada di sekolah masing2. menjalani praktikum fasa kedua. dan kali ini, saya dan sahabat memilih SK Permatang Binjai, Penaga. tanpa dirancang tetapi semuanya ketetapan Ilahi. seronok dan bangga dapat menjadi warga SKPB walau seketika cuma.

dalam masa 2 minggu, sangat tenang dan relax tanpa diobserve..hee
sibuk membantu guru2 utk sambutan hari sukan tahunan, membantu setakat yang mampu..
bermula dari latihan rumah sukan, saringan acara olahraga dan balapan, raptai penuh, persiapan hari sukan sehingga lah tiba pada hari sukan sebenar.. banyak pengalaman. syukur jugak ada guru2 yg sudi membantu kami yang cetek ilmu dan pengalaman ni..

itulah perlunya praktikum..
teringat saya pada kata2 PK 1, cikgu halim,
'' teori yang kita belajar kat maktab, kadang2 bleh guna kat sekolah, kdg2 tak. yang penting, pengalaman guru tu sendiri '' 
[kurang lebih mcm ni la kata2 beliau]
hee..betul2..sy setuju cikgu.. :) 


menyertai dan melibatkan diri dlm sukan di SKPB ni membuatkan sy rindu zaman sekolah rendah. oh, sangat banyak kenangan! latihan rumah, hias2 khemah umah sukan, perbarisan, persiapan hari sukan, sorak2 (ini paling saya suka,hee) tapi semuanya dh tinggal kenangan, masakan masa lalu boleh diputar kembali. sekarang, berbeza, saya berada dalam situasi yang sama, bukan sebagai seorang murid tetapi sebagai guru.. :)

moga Allah tetapkan hati ini utk terus berjuang di jalanNya, mendidik anak2 yg masih suci hatinya..amin..


sedikit kenangan yang sempat dirakam swaktu hari sukan tahunan di SKPB =)

Ahli rumah kuning ~rumah sukan sy

pemegang2 bendera :)

adik2 pra sekolah minda jaya~ comel2

barisan kontijen umah sukan

 saya AJK pencatat~ramai sgt pembantu ni.hee

larian misteri :)


Alhamdulillah, semuanya udah selesai.
yang menang dh diumumkan, yg kalah usah berduka,.adat pertandingan, ada menang ada kalah..yang penting, kita enjoy!!!hee



~preparing for next week. P&P, RPH, FAIL, BUKU REKOD. minggu observe mungkin.hee
please pray for me.. :)

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.