Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Jom CUCI HATI KITA.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a – 
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – 
Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat – 
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 

4. Membaca Al-Quran – 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari. =)

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – 
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – cubalah!!

8. Berpuasa – 
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati mati – 
Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan – 
Jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)

Jom sama2 kita muhasabah diri balik,
adakah kita telah melakukan petua2 diatas ni..
jikalau belom, jom mulakan sekarang. tak RUGI !!
jom sama2 cuci hati kita =)

sumber: i luv islam so much!!
 

~sekadar gambar hiasan~
..SUBHANALLAH..
~indah~


ALAMAK!!!

Satu perbualan antara saya dan dia, di malam hari....

DIA: assalamualaikum,,uat apa tu?
SAYA: waalaikumussalam,, mengadap internet. malas study. esok exam..

kami berdua, bla..bla...bla...
tiba-tiba...

DIA: bagitau aku cepat, ang ada uat apa2 tak yg ak tak tau?
SAYA: mana ada! {dengan nada penuh konpius dan pelik}
DIA: cepattt bagitau...xkan xtau kot.. ada uat apa2 tak,, yg ak xtau..??
SAYA: laaa,,banyak kot yg ak uat, ang xtau..tak kan semua nak repot...hehe {still konpius}
DIA: ok! xpa kalu xmau bagitau..
SAYA: la...bg la hint, kalau xcakap ak pun xtau...

(nak dipendekkan cerita yg panjang)
setelah didesak berkali2 utk bagi hint...akhirnyaaaaaa....

DIA: ang dah uat apa kat cahayakerinduan ang tu?
SAYA: wink3!!!! tergelak besar. sekuat-kuatnyaaaa....hahahaha

.....................................................................

adeiiii...
terbongkar jugak akhirnya..
sapalah 'insan' bertuah yang memandai repot ni..
teringin nak tau.

saya menulis mengenai dia
dengan harapan dan seyakin-yakinnya
'DIA' xkan baca dan 
xkan tau tentang kewujudan cahayakerinduan ni.
namun, akhirnya terlepass sudaa.

jujurnya,
bukan xmau mewar2kan ke seantero dunia...haha
tapi saya malu,
segan, rendah diri, 
semua adala,,secukup rasa..
lagi2 bertambah malu bila ad org kata,,
'oh! ang ad blog ea?'
'weh, ak baca blog ang la...'

blog ni xde pape yg menarik,
sekadar luahan hati saya,
sy xpandai menulis,,yg puitis2 mcm org lain
sy xhebat,..
so. terimala cahayakerinduan ni seadanya...hehe


khas ditujukan buat anis suraya:
sekarang, ang dah tau kan.hehe
tolong kotakan janji.. follow blog ak hari2.haha
entry ni ditujukan khas buat ang, baca jgn xbaca.
and one more thing, u owe me.
don't you remember?haha
bagi tau ak cepat sapa informer tuh?adoyaiiii..
kalau tak...siap la....haishhh


utk informer tu,,(kalau anda baca sekarang)
jgn risau.sy xmarah la.cuma nak tau je..hehe


nota kaki------> cepat sgguh maklumat tersebar sekarang!! =)
internet di hujung jari la katakan..

My Princess Pooh...


saya ada pooh.
dia sangat comel dan baik hati.
lagi comel dari pooh yg kat atas ni..oyeah??!!hehe
saya panggil dia PRINCESS POOH. 

saya xtahu bila kami mula berkawan baik.
mula dengan gaduh sikit2+dia xsuka sy. huhu
tapi akhirnya kami kawan rapat.
jadi sahabat!

dulu pooh sy ni macam budak2.
tak matang! dan suka gaduh ng kawan baik dia.
takpe.gaduh2 manja.eratkan hubungan.hehe

tapi sekarang.
pooh saya dah besar.
dia dah matured. lagi matured dari saya kot.
dalam pelbagai hal.hehe
dia lagi 'advanced' dari sy.

hari ni bezday pooh sy
7 NOVEMBER
sy xde hadiah nak bg kat dy.
{sbb elaun xmasuk lg.taleh beli hadiah..haha}
jadi..post ni hadiah untuk dy.
sy harap dia akan baca
wpun besar kemungkinan dia xkan baca.

sy nak dy tahu.
yg sy sygkan dia.
sy doakan mga dia
akan bahagia slalu,
dipanjangkan umur,
dimurahkan rezeki,
diberkati dan dirahmati allah,
dan xsedih2 lagi.
moga dia akan jumpa jodoh a.k.a Mr. Right yg sesuai,
yg mampu menyempurnakan hidupnya. =)


SELAMAT HARI LAHIR
MY PRINCESS POOH

ini pooh sy.hehe
nama dy: ANIS SURAYA MOHAMED RASDI


pesan sy buat kamu:
jga diri baek2.
masih ramai yg menyayangi kamu.
kita sahabat! selamanya...
di dunia juga akhirat. InsyaAllah..



Memaafkan untuk SYURGA


Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia. Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham. Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan. Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."

Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk. Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.

Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.

Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.

Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, 
"Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."

Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."

Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.

sumber: dipetik dari iluvislam.com


 mudah kan untuk jadi ahli syurga?
tetapi yg mudah itulah yg susah utk kita amalkan.


hatikecil: sy kena belajar utk memaafkan.
xsusah pun. kalu kita cuba, insyaallah berhasil.
ingat! sblm tidur, maafkan dulu slh silap yg ada.
jgn simpan dendam.mahupun hasad dengki.
JOM! Kita jadi muslim+muslimah yg pemaaf. :)

Masam Manis.


Selak2 fail dalam D, terjumpa picture2 ni..yg dh lama ad dlm simpanan. :)
jom kita tgk!


sy suka gambar ni.siyes!
diambil oleh cik fiqa
ktka km pulang dr pggmbrn TM di jbtn laut P.pinang
wpun itu hanyalah kmera SLR yg dpnjam dr k.Sara
sy hrp 1 hari nnt
sy mampu pegang & punya 1 DSLR sendiri.


bersama murid2 ketika PBS kali terakhir
di SK Ayer Puteh, Pendang.
aduh! sudah bersediakah sy?
utk praktikum sem dpn..


wah....kamilah puteri2 yg berjaya.hehe
saat manis sewaktu perkhemahan unit uniform
di PULAKO, IPSAH.
walau byk dugaan & cabaran
km berjaya lalui.
sy sayang PUTERI ISLAM!!


sorg di usim, uni of york, uia & upsi.
dari kiri: anis, wani, nabilah, dida
ketika aidilfitri 2010.
indah! dpt berjumpa semua.
sorg lg xd dlm family ni.
cik hafsah..ngee


one of my favourite desktop background!



ok! tammat sudaa.
ad UAK SDP petang ni., 2.30 ptg.
doakan sy dan shbt2 yg lain.

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.