Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Kita sebenarnya...

Kita sebenarnya......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram 

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal 

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat 

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu hindustan daripada mendengar Azan 

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV..dll daripada sembahyang dan mengaji

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah 

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! Daripada Assalamualaikum 

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid 

Kita sebenarnya......lebih suka memuja manusia daripada memuja Tuhan kita sendiri 

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama 

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka 

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah 

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan 

Kita sebenarnya......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita 

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat 

******

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa... KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka 

 
 Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??


aduh. terfikir sejenak.
ini semua betul kan?
realiti yg kita xboleh nak lari.

kita manusia.
manusia yg sering lalai dan lupa. 
banyak manusia sekarang yg sukakan dunia dan takutkan mati.

justeru.
mulalah dari sekarang,
muhasabah dan koreksi diri.
lakukan perubahan. =)


~SALAM MAAL HIJRAH 1432H~
moga tahun baru ini lebih baik dr sebelumnya..
dan moga kita sentiasa diberkati ALLAH. insyaAllah.












0 pot-pet:

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.