Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

..Sekolah..


Alhamdulillah, syukur. sehingga saat ini, saya masih diberikan peluang untuk merasai nikmat dan kasih sayang dariNya.

mengambil sedikit masa dalam kesibukan ini untuk mencoret sesuatu yang indah. sekadar berkongsi rasa.

Alhamdulillah.. sedar tak sedar, hampir 2minggu saya dan rakan-rakan berada di sekolah masing2. menjalani praktikum fasa kedua. dan kali ini, saya dan sahabat memilih SK Permatang Binjai, Penaga. tanpa dirancang tetapi semuanya ketetapan Ilahi. seronok dan bangga dapat menjadi warga SKPB walau seketika cuma.

dalam masa 2 minggu, sangat tenang dan relax tanpa diobserve..hee
sibuk membantu guru2 utk sambutan hari sukan tahunan, membantu setakat yang mampu..
bermula dari latihan rumah sukan, saringan acara olahraga dan balapan, raptai penuh, persiapan hari sukan sehingga lah tiba pada hari sukan sebenar.. banyak pengalaman. syukur jugak ada guru2 yg sudi membantu kami yang cetek ilmu dan pengalaman ni..

itulah perlunya praktikum..
teringat saya pada kata2 PK 1, cikgu halim,
'' teori yang kita belajar kat maktab, kadang2 bleh guna kat sekolah, kdg2 tak. yang penting, pengalaman guru tu sendiri '' 
[kurang lebih mcm ni la kata2 beliau]
hee..betul2..sy setuju cikgu.. :) 


menyertai dan melibatkan diri dlm sukan di SKPB ni membuatkan sy rindu zaman sekolah rendah. oh, sangat banyak kenangan! latihan rumah, hias2 khemah umah sukan, perbarisan, persiapan hari sukan, sorak2 (ini paling saya suka,hee) tapi semuanya dh tinggal kenangan, masakan masa lalu boleh diputar kembali. sekarang, berbeza, saya berada dalam situasi yang sama, bukan sebagai seorang murid tetapi sebagai guru.. :)

moga Allah tetapkan hati ini utk terus berjuang di jalanNya, mendidik anak2 yg masih suci hatinya..amin..


sedikit kenangan yang sempat dirakam swaktu hari sukan tahunan di SKPB =)

Ahli rumah kuning ~rumah sukan sy

pemegang2 bendera :)

adik2 pra sekolah minda jaya~ comel2

barisan kontijen umah sukan

 saya AJK pencatat~ramai sgt pembantu ni.hee

larian misteri :)


Alhamdulillah, semuanya udah selesai.
yang menang dh diumumkan, yg kalah usah berduka,.adat pertandingan, ada menang ada kalah..yang penting, kita enjoy!!!hee



~preparing for next week. P&P, RPH, FAIL, BUKU REKOD. minggu observe mungkin.hee
please pray for me.. :)

duhai Ukhtiku, dengarlah..




Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh ALLAH,
tidak sedikit pun ALLAH membenarkan mana2 lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya,
kerana ALLAH teramat mencintainya..


Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
dimana ALLAH untuk menjaga kita?
ALLAH seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita.


Jika ALLAH mendatangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki,
bermakna ALLAH mahu ambil kita kembali untuk dijagaNYA. 


Mengapa masih ragu-ragu??


[ Kekuatan usah ditunggu tetapi harus dicari ]


Hargailah kesempatan yang ALLAH berikan..

" Sebesar-besar dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya "


- Imam Ghazali -


Katahati:
merenung. muhasabah kembali.
ampunkan hamba ya ALLAH.


recharge.


R e c h a r g e

hmm..
mungkin ini yg perlu sy buat sekarang.
ya recharge.

bukan ini, :(


tapi ini, :)


Ya ALLAH ya tuhanku
mudahkanlah urusan hambamu yang serba hina dan kerdil ini ya ALLAH
permudahkanlah jangan disulitkan kerana ENGKAU lah yang maha memudahkan
segala yang susah adalah mudah bagiMU..

berikan aku kesempatan dan ruang lagi..

[dh lama nak cakap tulis]

ARGHHHH!!


aku dh bosan meluat tengok fesbuk
sampai tahap nak *muntah*




ok.tu je. 



notaperut:
maaf.mood penulis sedang gelong :P
mencari ruang utk mlpaskan rasa.
sekadar luahan,
tiada kena mngena smada yg hidup @ mati.
sekian.



School Holiday~


Alhamdulillah.
semester 5 semakin berakhir.

mencuri ruang dan peluang dlm kesempitan waktu 
utk menulis, berkongsi rasa yg ada :)

Orang lain sibuk2 mengangkat barang
mengemas bilik
mengemas rumah sewa
yang dh sampai kg halaman pun ada

tapi kami,
masih disini.
menghitung hari utk pulang
pulang lewat dari biasa.
aduh,,sangat tekanan tu..haha


" KURSUS KEPIMPINAN ASAS TAHAP 1 PPIM  "


mana ada semangat berkursus dh..
hujung2 sem ni
hati dh smpai kg, jasad je masih kat sini..hee
muka sorang2 kalau tengok...adeii..
punyala susah nak senyum..
tekanan kot..haha

tu utk hari pertama.
hari2 seterusnya..siapa tahu.

doakan yg terbaik..
yang paling penting

BETULKAN NIAT, IKHLASKAN HATI..
SEMUANYA....LILLAHITAALA :)

insyaAllah ada barakah di situ..
insyaAllah kebahagiaan pasti ada.. aminn.



p/s: ALLAH tahu apa yg terbaik utk hambanya, kan? =)

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.