Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata baginda. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah.
Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yang disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati hinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah ”Bukankah kami ikhwanmu?”
Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihatku tapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka.”
ALLAH...
Muhasabahlah..
Andai kita tidak pernah menitiskan walau setitik air mata kerinduan dan kecintaan pada Baginda...
betapa kasih dan cintanya baginda kepada kita..
tepuk dada tanya iman.
sejauh mana usaha & pengorbanan yg telah kita lakukan untuk menyambung mata rantai perjuangan baginda..
0 pot-pet:
Post a Comment