Alhamdulillah, syukur. sehingga saat ini, saya masih diberikan peluang untuk merasai nikmat dan kasih sayang dariNya.
mengambil sedikit masa dalam kesibukan ini untuk mencoret sesuatu yang indah. sekadar berkongsi rasa.
Alhamdulillah.. sedar tak sedar, hampir 2minggu saya dan rakan-rakan berada di sekolah masing2. menjalani praktikum fasa kedua. dan kali ini, saya dan sahabat memilih SK Permatang Binjai, Penaga. tanpa dirancang tetapi semuanya ketetapan Ilahi. seronok dan bangga dapat menjadi warga SKPB walau seketika cuma.
dalam masa 2 minggu, sangat tenang dan relax tanpa diobserve..hee
sibuk membantu guru2 utk sambutan hari sukan tahunan, membantu setakat yang mampu..
bermula dari latihan rumah sukan, saringan acara olahraga dan balapan, raptai penuh, persiapan hari sukan sehingga lah tiba pada hari sukan sebenar.. banyak pengalaman. syukur jugak ada guru2 yg sudi membantu kami yang cetek ilmu dan pengalaman ni..
itulah perlunya praktikum..
teringat saya pada kata2 PK 1, cikgu halim,
'' teori yang kita belajar kat maktab, kadang2 bleh guna kat sekolah, kdg2 tak. yang penting, pengalaman guru tu sendiri ''
[kurang lebih mcm ni la kata2 beliau]
hee..betul2..sy setuju cikgu.. :)
menyertai dan melibatkan diri dlm sukan di SKPB ni membuatkan sy rindu zaman sekolah rendah. oh, sangat banyak kenangan! latihan rumah, hias2 khemah umah sukan, perbarisan, persiapan hari sukan, sorak2 (ini paling saya suka,hee) tapi semuanya dh tinggal kenangan, masakan masa lalu boleh diputar kembali. sekarang, berbeza, saya berada dalam situasi yang sama, bukan sebagai seorang murid tetapi sebagai guru.. :)
moga Allah tetapkan hati ini utk terus berjuang di jalanNya, mendidik anak2 yg masih suci hatinya..amin..
sedikit kenangan yang sempat dirakam swaktu hari sukan tahunan di SKPB =)
Ahli rumah kuning ~rumah sukan sy
pemegang2 bendera :)
adik2 pra sekolah minda jaya~ comel2
barisan kontijen umah sukan
saya AJK pencatat~ramai sgt pembantu ni.hee
larian misteri :)
Alhamdulillah, semuanya udah selesai.
yang menang dh diumumkan, yg kalah usah berduka,.adat pertandingan, ada menang ada kalah..yang penting, kita enjoy!!!hee
~preparing for next week. P&P, RPH, FAIL, BUKU REKOD. minggu observe mungkin.hee
please pray for me.. :)
0 pot-pet:
Post a Comment