Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

Sod baa ro



"Kata kuncinya: SABAR. Dan sekiranya anda benarbenar minat pada seseorang itu, banyakbanyakkan berdoa dan adukan kepada talian hayat 24434 yang dibuka setiap hari tanpa cuti. Dan sekiranya ditakdirkan dia bukan jodoh anda, itu sudah menjadi ketentuan yang paling baik untuk anda. Sekiranya ya, jangan lupa jemput saya makan nasi minyak dan minum air sirap limau!"

-Demam IPJ-
Wahai!!  Krik. Krik. Senyum. 


Keep Waiting Dude


1 Muharam 1437H
Ada perubahan :)

Aku xpasti petanda apa ini
Tapi mampu buat aku tersenyum
Dalam hati juga di luar
Rasa nak jeritjerit lompat

Dah lama aku tunggu
Hingga hampir buntu dan lesu
Akhirnya positif juga walau sikit cuma

Betullah kata mereka
Lama menunggu pasti ada hasilnya
Sabarlah
Sabar dan sabar lagi
Mana tahu doa yang ke-1000 kali itu akan dipandang DIA 

Rabbi yassir ya Rabb
Dan terus jadikan hati aku istiqomah 

161015
SketchOfLife
NurulHanaDaud.

H A T I


.Hati.
Satu keping yang punya macam-macam rasa
Kadang-kadang gembira, kadang-kadang duka.

Saat hati berkata ingin
Namun akal lebih menguasai 

Hati memandang dengan emosi
Akal memandang dengan realiti

Sabar
Banyakkan doa
Dan teruskan tersenyum :)


Menulisdarihati,

130915
SketchOfLife
NurulHanaDaud.

Berhenti berharap?


Berhenti berharap?
Haruskah?
Dan mampukah dikau duhai diri? 
Sehingga itukah sahaja tahap keyakinan kau?
Setakat itukah sahaja sabar yang kau ada? 
Setinggi itukah sahaja harapan yang kau mampu letakkan? 

Tepuk dada tanya hati wahai diri.

Jangan putus harapan.
Jangan mengalah.
Usah menyerah. 
Tabahlah wahai hati.

Sabar.
Yakin.
Harapan.
Doa. 

Tiada yang mustahil.

Everything's happen for the reason.

Letakkan pengharapan pada yang selayaknya.
Insyaallah akan hadir pada masanya. 
Positiflah.
Senyumlah selagi kau mampu. :)


Menulisdarihati,

230815
SketchOfLife
NurulHanaDaud. 

:: DIA ::


Kita ter ketemu
Di alam realiti
Seketika cuma
Hanya sekadar melepaskan lelah di mata
Biarpun tanpa kau sedar
Sudah cukup bagiku
Dan kau pergi

Namun kau datang lagi
Di alam fantasi
Membawa mimpi indah
Dan
Kau pergi sekali lagi.

Akan adakah pertemuan kali kedua?
Biarpun realiti atau fantasi
Aku terima seadanya.


Menulisdarihati,

090815
SketchOfLife
NurulHanaDaud.

Annoying. Please Stop


Hey you!
Please. Stop Do the same thing everyday.
Stop asking me the same thing every time everyday.
Stop asking me the answer that you already know.
Oh please.
It's so annoying to me..
Bored.
It's feel like minum-air-tanpa-gula
Like seharian-hidup-tak-gosok-gigi
Annoying. Bored.

Kita takda apa2
So stop acting like we have something each other.


P/s: untuk awak, bila nak dtg jumpa saya? Saya masih tunggu ni. Eh! (*_")


310715
SketchOfLife
CahayaKerinduan.

Duit & Nafsu


Duit & Nafsu
Ibarat isi dengan kuku
Bagai aur dengan tebing
Cincin dan permata

Duit & Nafsu

Di saat kau harus berjimat
Dan pada tika itulah nafsu kau membuak-buak nak itu dan ini
Mana satu menjadi pilihan
Mana satu yang kau perlu turutkan

Dan pada waktu beginilah
Kau harus guna kewarasan akal
Fikiran rasional
Memilih keinginan atau keperluan
Moga kelak kau tak tersungkur di pertengahan jalan
Saat orang lain tersenyum di hujung garisan

Lantaran itu
Tahanlah nafsumu
Demi kelangsungan isi poketmu
Kerna
Duit & Nafsu
Tidak kan berpisah dan akan terus bersatu...


260715
SketchOfLife
CahayaKerinduan.

Keep Praying. Believe


Hari hari buka
Hari hari tengok 
Hari hari berdoa 
Hari hari berharap

Rasa dekat 
Tapi sebenarnya jauh 

Doa 
Senjata utama 
Berharap
Sangat berharap 
Dan percaya 
Serta yakin.

Allahu 
Mudahkan 
Dan jangan sesekali Kau susahkan.

Dan
Masih berharap 
Hingga ke hari ni.. 

Moga ada sinar kelak.


250715
SketchOfLife 
Cahayakerinduan. 

Nafas Baru. Saya Kembali


Bismillahirrahmanirrahim...

My 1st entry on October 02, 2009 Friday and now I'm back. Alhamdulillah.

Sudah lama menghilang, tapi rasa rindu menulis tak pernah hilang.
Walaupun saya hanya sekadar manusia pra matang dalam penulisan, tak perlu malu untuk menulis.
Kerna saya menulis bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.

Dan kini saya kembali.
Rasa rindu menjengah lagi.
Kali ni lebih kuat.
Dan saya tekadkan hati.
Aku harus menulis lagi.
Untuk diri.

Kali ni mungkin lebih matang.

Ingat.
Ini medan juang penulisan.
Medan luahan rasa.
Tatkala tiada manusia sudi mendengar rasa hati kita.
Disini ada untuk berkata.

Insyaallah.
I'm back now
New spirit. :)


250715
SketchOfLife
Nurul Hana Daud.

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.