Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

5 Years and Half

Ramadan terakhir di Bainun bersama mereka


mereka yang bergelar sahabat
sahabat gembira, sedih, susah, senang, gaduh, senyum
oh masa sangat pantas berjalan
sedar tak sedar
pejam celik pejam celik
dah nak hbs pun [5yearsnhalf]

saya sayang mereka
teman lebah yg sangat best
-sedang menikmati masa2 yg ada utk bersama mereka-

Bukan senang sebenarnya...


[7 Ogos 2012, Selasa]
9.00 pagi.

Tarikh dan detik ini akan menjadi moment yg sentiasa diingati, kenangan buat saya :)

bukan senang sebenarnya nak grad ni, macam2 kena hadapi.
dengan kajian tindakan, 'viva'nya lagi, 
satu perkara yg takpernah saya bayangkan, akan ada amali sembelihan di hujung2 semester, tahun akhir ni.
ALLAH...dugaan besar tu, tak pernah masuk dlm list utk buat ni.
ingatkan ustaz main2 tp ropa2nya ini bukan cobaan, tp benar2 betul
dikotakan apa yg dikata.

jangan kata perempuan tak boleh nak sembelih2 ye..
dah kalau kat satu tempat tu xda muslimin utk lakukan
jatuh t/jawab atas kita selaku muslimat yg kena buat
sebab tu kena belajar. =)

belajar.dengar ustaz cakap itu dan ini pasal sembelihan
rukun, syarat dan bla, bla, bla~
itu semua teori, bukan tak perlu, mmg perlu
tapi tak sama dgn amali
bila dah buat, allahuakbar..bukan senang sebenarnya.
bila dah siap. senyum. hembus nafas. lega. Alhamdulillah..


[gambar insyaallah akan dipost kemudian] 


menulis dari bumi bainun al-mertajam.

salam ramadhan kareem buat semua umat islam dan pembaca2 blog.
mohon anda semua mendoakan yang terbaik buat saya dan sahabat2
berada di tahun akhir,
macam2 dalam kepala,
dengan tesisnya lagi, fail2 dan subjek2 akhir yang perlu disempurnakan
moga kami semua tetap sabar dan semangat menghabiskan sisa2 masa di bumi yang penuh memori ini.

di bulan ramadhan yang penuh barakah ni
moga kita semua semangat untuk meng'gemuk'kan badan dengan ibadah dan menguruskan diri dari dosa2 lalu. =)
amin.




orang belakang tulis blog,
saya pn tiba2 teringin nk post jugak :)

Seindahsecantik pelangi



Along si tinggi lampai
Angah yang gemuk gedempol dah kurus sekarang ni
Alang yang err,,the blur one?!! :P
Ayien the little princess
Haidar a.k.a achik yg muka nampak legend tapi dlm hati ada taman
Nayli si suara serak basah ala ella.

Along Naim si slow motion steady n cool
Kakak si perfectionist one
Ayu si banyak kerenah yang suka ajak p kedai
Enon si lawak macam kartun
n Humaira si kecik yang buas byk akal



keriuhan mereka sudah cukup mengubat hati saya
kadang-kadang hampir terlupa keja bertimbun2 kalau bersama mereka.
bak kata orang saya, terapi jiwa kalau main ng budak2 ni.
baru ketemu tapi sudah rindu..
oh kritikal. sabar,dah xlama..




[warnawarni pelangi yang mereka ukirkan seindah secantik pelangi yang kita lihat]
bahagia bukan? :)

Kopi & Pasta


tibatiba teringat pesanan org ternama [saya tak ingat nama] 
sewaktu Muktamar MUKIM 2012 haritu..


kalau setakat buat blog

copy sana, cut-cut sikit then paste sini

baik tak payah bikin blog..
[oh!akulahorangitu] sedikit terkesan..haha


belia kena berani

suarakan rasahati melalui jalan yg betul

sekarang zaman moden

banyak medan yg boleh kita guna

salah satunya: blog.. mukabuku.

fullstop.



moral of the story: 
dh buat blog, jgn bikin hambar. guna dgn sbaiknya. :P
jgn stakat nak copy-paste je.
tapi jgn smpai x share langsung
tu pun xboleh.. 
ok..

~ Alhamdulillah ~



Alhamdulillah..

melangkah ke fasa baru.

tahniah buat sahabat2 yg sudah & akan menempuh 1 fasa baru dlm hidup

doa sentiasa mengiringi kalian :)





lama x update belog.
betol2 dah bersawang.
ini sj utk mlm ni
selamat bercuti semua [bajetadaorangbaca] :P


“ Pilihan yang baik seorang hamba adalah apa yang Allah pilihkan baginya, sebab Allah lebih mengetahui tentang pilihan itu daripada dia sendiri terhadap dirinya, dan Allah lebih mengasihi hambanya daripada ibu yang melahirkannya. Kerana itu, seseorang hamba harus menerima ketentuan Tuhannya, menyerahkan semua kepadaNya, mencukupkan diri dengan kecukupan yang diberikan Tuhan kepadaNya.”

~ sekadar gambar hiasan ~


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

kuat untuk mereka


rasa macam xdapat tunaikan amanah tu dengan sebaiknya

rasa macam tak mampu untuk buat yang terbaik untuk mereka

dah cuba, tapi masih belum puas untuk dapat yang terbaik. 

x puas. :(


buntu.

apa lagi yang saya kena buat? :(


betullah tu.

sunnah orang berjuang

pasti ada mehnahnya.

kena kuat. bukan untuk diri tapi mereka.


saya nak mereka dapat. rasa. hayati.

walau saya tahu bukan saya yang pegang hati-hati mereka

tapi saya tetap x akan henti-henti doa

supaya mereka dapat yang terbaik.

sebab SAYA SANGAT SAYANGKAN MEREKA.



cahaya kerinduan
10.04 p.m.

kerana cinta itu indah :)

"Serahkan hatimu pada Allah, pasti DIA temukan dengan pemilik terbaik"


Cinta adalah kekuatan,
Yang mampu mengubah duri jadi mawar,
Mengubah cuka jadi anggur,
Mengubah sedih jadi riang,
Mengubah amarah jadi ramah,
Mengubah musibah jadi muhibbah,
Itulah cinta..


Namun,
Cinta itu kan jadi kekuatan,
Jika disandarkan pada Allah,
Cinta itu kan jadi muhibbah,
Jika disalurkan pada jalan yang benar,
Cinta itu kan jadi riang,
Jika tak bertentang dengan syariatnya.


Buat para muslimah di luar sana,
Usah gusar jika belum berpunya,
Usah risau jika belum dipetik sesiapa,
Usah malu jika tiada lelaki yang bertakhta,
Yakinlah dengan qada & qadar Allah,

Bila mana keluarnya kita dari rahim sang ibu,
Tercatat sudah di luh mahfuz,
Siapa jodoh kita,
Bila akhir hayat hidup kita,
Di mana nafas terakhir kita,


Yakinlah,
Allah lah sebaik2 pengatur hidup,
Berdoalah tiap kali lepas solat,
Wa la takilna ila anfusina torfata 'ain..
Ya Allah, jangan kau biarkan masa depan kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
Walaupun cuma sekelip mata.



dipetik dari iluvislam

hadiah anak-anak

- hadiah buat anak-anak tersayang -

----------------------------------------------------------------------------------------

Ya ALLAH 
lembutkanlah hati mereka 
supaya mudah menerima ilmu yang aku sampaikan

lembutkanlah hati mereka
ya ALLAH

jadikanlah mereka anak yang soleh & solehah
penyejuk mata buat ayahanda & bonda..



KAU campakkanlah kesabaran
yang telah KAU berikan pada ulama' dan anbiya terdahulu
kedalam hati hambamu yang kerdil dan hina ini
moga aku bersabar,
tsabat dan istiqamah dalam perjuangan yang dipilih ini.

hanya padaMu kami meminta
kerana ENGKAU lah yang memegang hati-hati kami YA ALLAH.

5 amal


mencuri sedikit masa untuk menulis
walaupun saya tahu masa tersebut perlu dimanfaatkan spnuhnya utk hari esok.

oh 5 amal!!
[bunyi sedikit mengeluh] :P
oh tidak sebenarnya, ini bunyi semangat.
ustajah akan cuba yang terbaik-termampu untuk kalian.

diselia penyelia


'diselia 2 penyelia'
 
wee..bukan mudah sebenarnya.

lain orang lain caranya.


apapun nurul hana,

sabar & berusaha,

pasti ada hikmah di sebalik semua ni.

Bulatan Gembira


Pesan kakak sewaktu bulatan gembira kami:

kalau kita asyik rasa nak marah orang,
buat sesuatu selalu rasa x kena,

bukan orang atau benda lain yang bermasalah,
tapi kita.

kena check diri balik,
mungkin ada sesuatu yang xkena pada kita.
perbaiki solat. servis semula diri. {bukan kereta ja yang kena servis slalu ok, org pun sma}
dekatkan diri pada si DIA, bukan si dia. :)
mengadu pada yang berhak,
insyaallah ada jawapan, ada ketenangan.


haticakap: aku nak jadi baik minggu ni dan minggu2 seterusnya.da tanak marah2.hu

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.