Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

School Holiday~


Alhamdulillah.
semester 5 semakin berakhir.

mencuri ruang dan peluang dlm kesempitan waktu 
utk menulis, berkongsi rasa yg ada :)

Orang lain sibuk2 mengangkat barang
mengemas bilik
mengemas rumah sewa
yang dh sampai kg halaman pun ada

tapi kami,
masih disini.
menghitung hari utk pulang
pulang lewat dari biasa.
aduh,,sangat tekanan tu..haha


" KURSUS KEPIMPINAN ASAS TAHAP 1 PPIM  "


mana ada semangat berkursus dh..
hujung2 sem ni
hati dh smpai kg, jasad je masih kat sini..hee
muka sorang2 kalau tengok...adeii..
punyala susah nak senyum..
tekanan kot..haha

tu utk hari pertama.
hari2 seterusnya..siapa tahu.

doakan yg terbaik..
yang paling penting

BETULKAN NIAT, IKHLASKAN HATI..
SEMUANYA....LILLAHITAALA :)

insyaAllah ada barakah di situ..
insyaAllah kebahagiaan pasti ada.. aminn.



p/s: ALLAH tahu apa yg terbaik utk hambanya, kan? =)

~ ALLAH MAHA BESAR ~



Assalamualaikum

Alhamdulillah
Allahuakbar!!
Subhanallah :)

~ senyuman seindah suria ~







Ya ALLAH..

" Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."

Al an-am: 162

allah..
kerdilnya hamba..
aku hamba yg lalai dan leka..
:(

~nurulhanadaud~
18 Mei 2011


Qasidah CINTA buat ALLAH & RASUL





Alhamdulillah
Subhanallah

segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia dan inayahnya
majlis yang telah dirancang
berjalan dengan baik & lancar.


SUBHANALLAH

10 MEI 2011
bermula dgn Majlis pengajian & pengijazahan kitab Pengantar Ilmu Tauhid
dan sebelah malamnya pula
Majlis Pelancaran Buku Qasidah..

Hari yang bermakna buat saya
indah. sangat indah.
hanya yang berada di dalam majlis yang dapat merasai
keindahan dan kenikmatan
saat alunan qasidah diperdengarkan
buat para tetamu yang hadir.

syukur. 
saat dipih ALLAH untuk turut bersama2 di dalam majlis
ditambah pula dengan kehadiran alim ulama SYEIKH ROHIMUDDIN
istimewanya kita sebagai seorang muslim.
alhamdulillah.

tenang sekali rasanya
tatkala ayat-ayat cinta buat ALLAH & RASUL
didendangkan.

benarlah kata syeikh rohimuddin:
sekeras-keras hati manusia
apabila diperdengarkan dengan ayat2 ALLAH, ayat2 yang memuji RASULULLAH
hati yang keras akan menjadi lembut..
ALLAHUAKBAR...


saya tak pandai menulis dan bercerita.
cuma apa yang sy rasa sekarang,
indah. sangat indah.
sangat bersemangat.



~YA ALLAH..TETAPKANLAH HATI KAMI DENGAN AGAMAMU~


tahniah buat kumpulan qasidah
QASIDAH AL-'IHYA
nama yg diberikan oleh syeikh rohimuddin
moga dgn keberkatan nama ini
ia mampu menghidupkan jiwa dan hati yg mati.
terus istiqomah dlm menyebarkan dakwah.
insyaallah..aminn..




p/s: cintailah Rasulullah melebihi cinta akan dirimu.
stakat mana cinta kita kepada rasulullah.??
allah..muhasabah diri~~


> 11 mei 2011 <

Saya Sayang Emak Saya.



selalu kita dengar lagu ni kan
dekat tv.
'ibu.ibu.engkaulah ratu hatiku'

...........................................................................................................


..special post utk ratu hati sy..

buat emak tersayang
..Hjh The Hawa bt Hj Mat Isa..


terima kasih buat mak
yg selama ni telah membesarkan & mendidik kami adik beradik.

SAYANG MAK!
sangat-sangat.
tak tergambar rasanya.

TERIMA KASIH MAK!
sanggup berkorban apa shj utk kami.
dari dulu sampai sekarang.


doa buat mak:
moga mak sihat selalu
dipanjangkan umur
diberkati & dirahmati Allah.
dan..segalanya yang baik utk mak. :)
amin....



‘..Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil lagi..’
 
.sayang mak. rindu abah.
~8 Mei 2011~

Lakaran cinta buat permata hati.


Lebih kurang 3 minggu saya meninggalkan mereka.
dan...
dalam tempoh waktu inilah semuanya kembali seperti biasa
everything back to normal.

RINDU.
ini yg saya rasa sekarang.
rindunya mereka.
rindu akan raut wajah anak2 comel
anak2 yg bisa menjadi kebanggaan ayah ibu
anak2 generasi baru yg bakal menjadi pemimpin masa hdpn.

terkenang kembali memori ketika bersama mereka
selama sebulan berada dalam keluarga besar itu.
aduhai...macam2 kerenah
macam2 perangai. 
namun, telatah mereka yg mencuit hati
mampu menjadi pengubat & penawar buat sy
hilang segala penat lelah. :)
sungguh. ini adalah hadiah terbaik dan termanis buat insan bergelar guru.


..................................................................

inilah permata hati saya.
permata hati harapan ummah. insyaallah.


~ 4 Dinamik ~

saya xmengajar kelas ni. tapi selalu dapat relief.
sebab cikgu dorg cuti bersalin.hee
pertemuan pertama, cukup susah nak tarik perhatian dorg.
masing2 ada telatah & kerenah tersendiri. haih..macam2.
tapi bila dh 2 3 kali masuk kelas, alhamdulillah.
ada perkembangan :)
nama yg selalu kena sebut. -syed-sangat nakal.
ada lagi. namanya siti. paling ingat sbb dy penah kata
'cite2 saye nak jadi pelakon, sbb sy nak femes' 
haih...budak2 zaman sekarang.. :)


~ 5 Cendekia ~

ini kelas kedua..
sy jarang marah kelas ni
wpun dorg sebenarnya sama nakal mcm budak2 lain
ntah kenapa, sy xpasti.hee :)
mereka xbnyk ragam.
almaklumla, budak pandai. semuanya ok!
tip top. boleh bagi 5 star la.heh
aizaty, fazilah, faizah, alia,
haziq, si kecil molek zahin, iqbal, syahir, adi, dan semua la
maaf kalau ustazah xingat semua..
yg paling xboleh lupa.
farhan. juga nakal.
kuat berfantasi & imaginasi tinggi .hehe

farhan:
ustazah mst xkan lupa sy lepas ni.
sbb semua cikgu yg masuk kelas ni mst ingat nama sy.

saya:
memang. ustazah mst ingat, sbb kamu nakal sgt :)


~ 5 Pintar ~

kelas ni sgt happening.
ouh! nakal bukan main.
nama pun budak2 kan.
yg ni, memg selalu kena marah.ngee
antara penyeri kelas neh.
si kecik comei haziq.
rabiatul yg suka saaangat bertanya itu dan ini.
saiyidul amin si budak baek. siti sarah jugak. diam jek.
dini yg suka bangat jawab soalan
dan...qistina dayana yg selalu kena marah.
maaf. ustazah slalu marah kamu.
marah bukan tandanya xsuka.
tapi itu tandanya sayang. 


~ 5 Bestari ~

terima ksh utk surprise yg kamu semua buat pd ustazah.
ustazah hargai. :)
surprise punya pasal. smpi kena marah ng cikgu delly.
xpe..skali skala kan. lepas ni dh xjmp ustazah dh.hehe
malikah marha si perncg surprise.
aina si kecik molek
shamim si budak nakal.
wan. adila. izral. dan semuanya.. :)
sayang kalian.
terima kasih atas hadiah2 yg diberikan..



Lakaran cinta ini khas buat kalian. anak2 murid ustazah yg disayangi. wpun ustazah tahu kamu xkan baca. xpe..hee sekurang-kurangnya dpt melepaskan rindu. ntah bila kita boleh ketemu lagi. mga akan ada waktu itu. insyaallah.

alhamdulillah.syukur. ustazah diberikan peluang & ruang oleh Allah untuk mengenali dan menjadi sbhgian dr hidup kalian. mga persinggahan smntara ustazah dapat meninggalkan bingkisan kenangan dlm hidup kamu semua.

yang penting. jadilah anak yg soleh & solehah. permata ayah ibu yang dapat membahagiakan mereka..amin!


salam rindu,
ustazah hana.
5 Mei 2011.

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.