Lakaran Kehidupan

l u a h a n r a s a s i h a m b a h i n a

oh!! wangi-wangi


sekadar PENGUMUMAN!!! :)

saya jual minyak wangi tau a.k.a PERFUME
hahahaha
{ini serius ye...bukan main2}
perfume Munif Hijjaz

mehla datang beli ye..
ada tester
 macam-macam jenis ada
"sekali bau,,pasti nak beli"
ngeh3.. 

p/s: nak tau lebih lanjut, silalah berjumpa dgn saya k..hehe

End of story. Lets start a new chapter..


bermulalah kini.....
sebuah episod kehidupan yang baru... :)

sedar xsedar...pejam celik pejam celik...
dah pun habis cuti 3 minggu...
adoiiiii {sedikit mengeluh di situ}hehe....
dan...dh nak masuk sem baru. SEM 4
sekejap je masa berlalu..kan??

esok saya dah nak pulang ke maktab
PERLU pulang awal sbb ad hal pd pg sabtu...
inilah antara PENGORBANAN yg perlu sy dan sahabat2 lalui..
takpe..kami redha. nak dpt ilmu kena byk berkorban.. 
mana ad bnd yg senang nak dpt dalam dunia ni..

secara jujurnya..sy seolah2 xpuas lagi bercuti..
perlukan lebih lama masa...boleh ke???hehe
teringat pada perbualan bersama seorang sahabat petang td..
sem depan, buka buku baru. new chapter!!!
dah xnak pikir dh benda2 remeh
dan.....yang paling penting..
THINK POSITIF.. :)



dari saya: 
jangan dikenang masa yang lalu.
buang yang keruh, ambil yg jernih.
semua itu asam garam kehidupan.
xkan ade kesenangan tanpa kesusahan.
 cuba mempositifkan diri dalam semua hal



Assalamualaikum
tiba2 terlintas utk wish bezday pd sahabat2
walaupun dah lepas..xpela
xde salahnya nak wish lg skali kan..ngee


15 MEI 1989
Azlia Shakiela
Nur Afiqah

1 JUN 1989
Nor 'Atikah

16 JUN 1989
Cik Huda Radzi


ucapan aku untuk korang semua
I
I
I
V

SELAMAT HARI LAHIR YG KE-21
 moga cepat matang ye
sematang dengan usia korang :)
sentiasa dimurahkan rezeki
panjang umur,,sihat selalu
(ucapan biasa neh..hehe)

sentiasa dilindungi dan dirahmati dariNya
menjadi muslimah solehah
dan.............
yang paling penting
semoga cepat bertemu jodoh..hehe
amin!!!!


hana: utk cik tikah, fiqah ng along..hadiahnye nnt ye,,hehe

Terima kasih..


Apabila diuji
kita mudah buruk sangka dengan ALLAH
& berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita..

walhal bukan orang itu yang ingin menyusahkan kita,
tetapi hakikatnya ALLAH bertujuan untuk menguji kita..
:)



..setiap ujian dan dugaan ada hikmahnya..
~bersangka baiklah~


Tips menarik.. Let's check it out.. =)

Assalamualaikum..
Seminggu lebih berada di kampung halaman membuatkan saya sangat tenang. Hilang segala masalah yg acapkali menyesakkan fikiran.. sekali lagi saya ulang.. saya TENANG!!! hehe

Bertatih2 kali ni nampaknya saya menulis & mengupdate belog, lantaran kuasa internet yang amat lemah :)

OKEH!! Ada sesuatu yang menarik untuk saya kongsikan di sini. Tatkala menyelak helaian demi helaian salah satu majalah SOLUSI yang bertimbun2 di rumah, terdapat satu maklumat penting yg menarik hati saya. Mungkin ianya sudah diketahui umum.. tapi apa salahnya utk saya berkongsi lagi sekali bersama mereka yang masih belum tahu.. :)

Memang xdapat dinafikan, laman FACEBOOK kini amat digemari ramai.. bermula dari usia muda remaja malahan kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa.. masing2 ada FB tersendiri.. saya juga xterkecuali.heheh best sangat ke fb ni?? {tepuk dada tanya iman}
Saya bukanlah berniat utk membincangkan dgn lebih lanjut soal fb ni terutamanya hukum berkenaan fb..sbb dh terlalu byk isu nie dibincgkan di merata2 tempat; internet, blog dan sebagainya..

CUMA... sedikit peringatan buat kita semua yg terlalu asyik MELAYAN & BERMAIN FB, saya hidangkan tip-tip penting buat pengguna fb agar kita lebih berhati-hati..
  1. Menggunakan akaun fb untuk manfaat ISLAM melebihi kepentingan peribadi. Kita amat digalakkan supaya menggunakan ruang2 yg ada utk menyebarkan islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
  2. Tidak memasukkan maklumat peribadi yang terlalu detail. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir & latar belakang pendidikan.
  3. Tidak berkongsi terlalu byk gambar2 peribadi tanpa had (khususnya buat wanita).
  4. Menjaga aurat dan pandangan mata.
  5. Elakkan ghibah (mengumpat) dlm fb.
  6. Cuba had dan kurangkan berbincang soal remeh-temeh yang membuang masa.. ada byk keja lain lagi yg boleh dibuat daa :)
  7. Tidak terlibat dengan permainan2 dan aplikasi yang dijangka bercanggah dgn islam spt kuiz ramalan nasib.
  8. Tidak mempercayai aplikasi tilik moden spt rahsia tarikh lahir dan sebagainya.
  9. Harus sedar dan ingat bahawa setiap maklumat2 kita di fb boleh menjadi database pihak asing utk memantau kehidupan dan informasi peribadi kita jika x dikawal.
        sumber: majalah SOLUSI isu 17

okeh.. setakat ni saja perkongsian yang dapat sy berikan pd kali ni. Moga ianya berguna dan menjadi manfaat kita bersama.. :)

nota hati: baru berkesempatan utk update blog..alhamdulillah..
nota fikir: jom puasa sunat esok hari.. 1 REJAB. semangat2!!heheh

=(

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum buat teman seperjuangan semua

Tiba2 hati saya terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di sini..sekadar meninggalkan sedikit kenangan sebelum pulang bercuti esok..mungkin sy akan kembali menulis selepas 3 minggu...hehe

Alhamdulillah..hanya ini yg mampu saya lafazkan tika ini. Bersyukur kerana sy berjaya menghabiskan semester 3 ini dengan jayanya..semuanya dapat dilalui dengan penuh tabah dan tenang.. :)

Terlalu banyak perkara yg berlaku sepanjang sem ni., dugaan & cabaran yg datang menimpa2..xpernah putus.
ADUH!! terlalu pahit untuk diimbas kembali. terlalu sakit untuk diungkapkan semula. biarlah saya telan semuanya.mga pahit ini mampu menjadi penawar buat saya menghadapi hidup di kemudian hari..
Saya letih.. Letih kerana berfikir..byk benda yg bermain di fikiran. 
aduh..SAKIT!!! 

Sy harap, percutian 3 minggu mampu memberikan ketenangan yg telah sekian lama menghilang.. menyelak kembali helaian2 lama. cuba bermuhasabah.. mencari kelemahan diri.
Semoga sekembalinya sy nnt dengan semangat baru. Insyaallah..
 
nota hati: ada misi yang perlu dilaksanakan cuti ni.. :)
nota kaki: nak berjalan sepuas2nya..haha rehatkan minda+otak.

maaf kalau sy menulis dlm emosi. 
hanya sekadar meluahkan rasa hati yang terpendam

MyEm0.Com
ma'assalamah wa ila liqa'

Related Posts with Thumbnails

Allah..Allah..Allah..


Perjuangan bukan mengukur kekuatan,

bukan juga pentas mempamerkan kebijaksanaan.


Perjuangan adalah gambaran keikhlasan hati
dalam menyebarkan risalah Nabi mengembang ISLAM di muka bumi

big Boss :)

My photo
Bekenu, Miri, Sarawak., Malaysia
Hamba Allah. Saya anak perantau di bumi kenyalang.

Allahuakbar!!!

Teman maya.

~Hai..tegurla saya..hee~

binnabil huda~UNIQUE

Powered by Blogger.